15 Ramadhan 1431 H
Oleh: md zainal mzd
“ Wahai Adam, diamilah olehmu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kalian sukai. Dan janganlah kalian dekati pohon ini yang menyebabkan kalian termasuk orang-orang yang zalim “ Al Quran: Al Baqarah 35, Al A’raf 19.
Oleh kerana syaitan berjaya membuat tipu muslihat dan akhirnya Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terpengaruh dan memakan buah yang dilarang Allah, maka Nabi Adam dan isterinya telah dikeluarkan dari syurga ke dunia.
Kedua mereka telah menempuhi terlalu banyak kesusahan dan dugaan yang asalnya berpunca dari mulut yang memakan buah terlarang tersebut.
Dari peristiwa di atas ternyatalah bahawa salah satu anggota badan kita yang amat perlu dijaga ialah mulut, dengan menggunakan mulut kita boleh mendapat banyak kebaikan dan dengan mulut juga kita boleh mendapat kesusahan atau kecelakaan.
Mari kita lihat sebahagian besar dari fungsi mulut untuk kita bermuhasabah diri kita. Apakah kita telah menggunakan mulut untuk kebaikan atau sebaliknya.
Mulut digunakan untuk kebaikan:
1. Makan dan minum yang halal dan berpatutan
2. Mengucap dua kalimah syahadah
3. Berniat dan bacaan dalam solat
4. Berniat dan sebahagian besar pengisian amalan dalam berpuasa
serta solat terawih
5. Menentukan sahnya pemberian zakat(persetujuan antara pemberi dan penerima atau wakilnya).
6. Bacaan-bacaan dalam ibadat haji dan umrah
7. Membaca Al Quran
8. Berzikir: bertasbih, bertahmid dan bertakbir
9. Memberi ucapan, tafsir Al Quran, kuliah dan tazkirah
10. Mengajar dan menyampaikan ilmu.ke arah kebaikan.
11. Menentukan sahnya Ijab dan Qabul ( dalam pernikahan dan perceraian )
12. Melaksanakan undang-undang ( hakim, pendakwa, pembela dsn sebagainya )
13. Berbincang untuk perlakuan yang dituntut atau halal demi kebaikan
14. Memberi isyarat tertentu untuk kebaikan
15. Senyum dan merapatkan silaturrahim
16. Mewujudkan daya tarikan untuk menyerikan wajah dan boleh
menggembirakan orang lain dll.
Mulut jangan digunakan untuk keburukan
1. Makan dan minum walaupun halal tetapi berlebihan
2. Makan dan minum yang haram
3. Mengajar atau berbincang untuk perlakuan yang terlarang / haram
4. Mengumpat, mengejek, menyindir, mencemuh, mencaci dsb.
5. Tidak semestinya bercakap tetapi mulut boleh mewujudkan rasa benci dihati sesiapa yang melihatnya.
Mengikut perbandingan di atas, kita perlulah menjaga mulut kita setiap masa selagi kita hidup kerana peranannya yang cukup besar dan ia akan mempengaruhi kehidupan kita di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Di sianghari dalam bulan Ramadhan sebagai contohnya, kita tidak disibukkan dengan makan dan minum, terdapat banyak masa terluang untuk kita memanfaatkannya.
Gunakan sepenuhnya mulut untuk apa sahaja demi kebaikan seperti menyampaikan ilmu walaupun sedikit, berzikir, bertahmid dan membaca Al Quran, mentelaah Hadis Nabi dan membaca kitab-kitab agama.
Bonus khas yang dijanjikan Allah SWT untuk bulan Ramadhan sudah hampir tamat, oleh itu gunakanlah baki di mana yang ada untuk kita rebut, mudah-mudahan kegembiraan yang hakiki akan dapat kita nikmati bila kita mengadapnya di hari pembalasan nanti.
Sesungguhnya bila kita mati nanti mulut akan terkunci dari sebarang tipu muslihat dan kita akan sentiasa berkata benar kerana semua anggota yang lain termasuk tangan, kaki, hidung , telinga, kepala, kulit dan lain-lain akan menjadi saksi dan mengiyakan apa sahaja yang telah dilakukan semasa kita hidup di dunia ini.
“ Dan pada hari ini kami matrikan ( kuncikan ) mulut nereka dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” Al Quran: Yaasin 65.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan