10 Ogos 2010

HARUSSANI - HASSAN ALI, SIAPA BELIT SIAPA ?

28 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

MULA-MULA elok kita baca di sini. Mufti Perak sudah tidak mahu mengulas tentang pertemuannya dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali.

Alasannya, Dr Hassan Ali sudah tidak mahu mengaku bahawa pertemuan yang berlaku antara beliau dengan Dr Hassan adalah membincangkan perpaduam Umno - PAS.

Ini bermaksud, Harussani menuduh Dr Hassan Ali menipu apabila Dr Hassan bertegas menyatakan tiada pertemuan yang membincangkan perpaduan Umno - PAS bersama Mufti Perak itu.

Kedua-duanya tokoh agama dan masing-masing punyai jawatan penting. Di dalam isu ini, mestilah salah seorang kedua tokoh ini penipu.

Penipu itu salah satu sifat orang Munafik. Masakan Mufti Perak bersikap Munafik, dan mustahil juga Pesuruhjaya PAS pun Munafik. Pening juga kan?

Apa pun, yang untung adalah Umno juga. Terhasilnya pertemuan itu memang menguntungkan Umno samada pertemuan itu untuk membincangkan perpaduan Umno - PAS atau sekadar pertemuan minta nasihat mahu pun ingin belajar dari Mufti Perak yang popular itu. Soalnya, mengapa perlu kita memberi keuntungan kepada Umno?

Saya berharap agar segala yang dikatakan oleh Mufti Perak itu tidak benar, kerana saya beranggapan sebagai seorang Pesuruhjaya PAS apatah lagi sebagai seorang Pakar Motivasi, Dr Hassan Ali tentu lebih arif dengan tipu helah dan fitnah dari pihak lawan.

Paling berkesan untuk membersihkan namanya, Dr Hassan Ali wajar menyaman Harussani kerana menuduhnya menipu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MENYAMAN HANYA AKAN MENAMBAHKAN UNTUNG umNO KERANA KES BERLARUTAN. SEPERTI KATA TG PRESIDEN...JANGAN LAYAN HARUSANI HANAYA ORANG KECIL...
SAYANGNYA KITA SIBUK MELAYAN PROVOKASI DAN MENDESAK PIMPINAN KITA MELAYAN MEREKA..CERDIK KE???

Tanpa Nama berkata...

Apa pun tujuan dan topik perbincangan antara ke 2 tokoh, ia tidak penting, kerana masing-masig antara keduanya bukan mewakili atau ejen rasmi parti bagi membincangkan apa-apa polisi penting parti. Adalah lumrah bagi mana-mana tokoh untuk duduk berbual dalam satu pertemuan. Di Lobi Parlimen juga kita boleh melihat aksi pertemuan dua tokoh berlawanan tetapi boleh duduk semeja sambil minum2 kopi dan teh. Apa yang penting, adakah ianya urusan rasmi atau sekadar bual-bualan kosong, menyantuni ataupun melontarkan idea dan pandangan peribadi. Dr hassan ali sudahpun memberikan respon berkenaan isu tersebut. Noktah sahaja. Lagi banyak mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk isu sebenar dan personaliti terbabit, lagi haru di sana sini.

Tanpa Nama berkata...

Apakah UMNO akan berhenti mainkan isu perpaduan PAS n UMNO?
jawapannya..sori la bro. Ini isu yang baik buat UMNO untuk melemahkan sokongan PAS dari penyokongnya terutama yang atas pagar...
Isu Hassan Ali boleh menjadi sebagai titik permulaan dengan menyaman Harrusani dan menjadi titik noktah buat semua pemimpin UMNO tentang isu perpaduan PAS n Umno.