28 Syaaban 1431 H
Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.
Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.
Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.
“Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.
“Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit,” kata Abdul Aziz.
Basmi kemiskinan?
Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.
Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.
Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu ‘kardinal’ untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti “BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata.”
“Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.
Disalah-guna Umnoputra
“Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang ‘dijimatkan’ itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, ‘kejahilan dan salah-guna’ oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan ‘Umnoputra’ yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.
“Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.
“Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi ‘handicap’ (rintangan).”
Malaysiakini/-

1 ulasan:
Malayu bos.....malayu memang macam tu sebab tu wa kadang-kadang malu nak mengaku wa malayu lebih baik wa jadi malayau. Lagi pun kuli batak macam wa ni walaupun dikatakan malayu tak penah dapat apa-apa pun. Sekolah belanja sendiri, masuk U pun belanja sendiri, kawin blanja sendiri, anak-anak pegi skolah pun tak penah dapat lebih daripada pinjaman buku teks itupun baru setahun dua ni jer. Dulu kena beli sndiri. Malayu yang sibok takut tak dapat apa-apa tu malayu(malau) umno lah tu. Yang ada rumah harga sejuta pun masih cari lobang-lobang bantuan yang boleh dia orang jolok. Bapak dtg tengok anak,naik Merc atau Harrier model baru dapat biasiswa kat MRSM tapi student bapak dah lama mati dan nenek yang jaga dari kecik tak dapat, semua tu malayu punya kerja tu, Alah malaslah nak cakap/tulis pasal malayu buat malu jer. Bangsa yang tak akan maju sampai kiamat. Aku kata/tulis macam ni sebab aku malayu kalau aku jakun dalam hutan lagi teruk aku rembat lu orang.
Catat Ulasan