28 Syaaban 1431H.
Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah Pantai.
Mereka yang ditahan: Penyelaras Suaram Tan Moon Hui, Ketua Pemuda PKR Batu Rozan Azen Mat Rasip dan seorang ahli jawatankuasa daripada bahagian yang sama Fareez Kamal.
Menurut Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, ketiga-tiga mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka.
"Tetapi kamu tidak pasti sebab sebenar mereka ditahan. Peguam kami Latheefa Koya sekarang berada di balai polis Lembah Pantai untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu.
Pada malam ini, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) dijadual membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, selepas dilancarkan pada 28 Julai lalu.
Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan