28 Syaaban 1431 H
http:tvselangor.com
Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan geran tanah kepada 118 penduduk yang mengemukakan permohonan mereka sejak tahun 1998.
Ini sekaligus mengiktiraf hak mereka untuk mendapatkan hak milik tanah di Kampung Jaya Setia,Mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini.
Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor bersetuju meluluskan permohonan pemberi milikan tanah seluas 60.5 ekar di Kampung Jaya Setia kepada 118 pemohon dengan tempoh pajakan selama 99 tahun.
Tan Sri Khalid berkata sebahagian besar tenaga, masa dan idea Kerajaan Negeri hari ini dicurah untuk memperbetulkan kesilapan 51 tahun yang dilakukan pentadbiran lepas.
Beliau menggesa penerima geran untuk mengusahakan tanah hak milik mereka dengan bersungguh-sungguh dan bijaksana, demi kepentingan generasi anak-anak Selangor 20 tahun dari sekarang.
"saya juga berharap kita akan dapat selesaikan banyak lagi program-program ini. saya juga akan melihat bagaimana pembangunan kampung yg hampir 800 ekar di kawasan ini di bawah PKNS, kita kena lihat semula.
saya dah beritahu PNKS jika tanah terbiar, dan jika PKNS tak betulkan tanah itu, kita akan bagi orang lain betulkan.
saya beritahu pegawai-pegawai, kalau beberapa kali terjadi, saya minta orang lain nyang jaga" kata Khalid.

1 ulasan:
hidup tan sri khalid..lebih 51 tahun pentadbiran UMNO tidak mampu buat seperti PR sekarang...kalau dulu tanah hak org politik UMNO sahaja di Selangor...kini tanah untuk rakyat Selangor sahaja.Kasi perabis pun tak apa asal untuk rakyat.Jangan kasi peluang lagi UMNO ....
Catat Ulasan