10 Ogos 2010

Sai'd bin Amir ; pemimpin islam yang zuhud

28 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pada zaman saidina Umar ra , tanah Syam adalah pusat perniagaan yang besar dan hebat. Umar perlu memilih seorang gabenor yang sesuai supaya dapat memerintah bumi Syam dengan baik. Akhirnya beliau telah memilih Sa’id bin Umar ra sebagai wali (ketua) Syam. Apabila Umar ra mengajukan jawatan wali Syam kepadanya, beliau menjawab :

لا تفتني يا أمير المؤمنين
“ Jangan campakkan aku ke dalam fitnah hai amirul mukminin.”

# sebagai seorang beriman hendaklah merasa takut dgn jawatan keran ia satu amanah yg besar dan boleh menyebabkan dia hanyut dengan nikmat jawatn tersebut.

Lalu Umar menjawab:

والله لا أدعك أتضعون أمانتكم وخلافتكم في عنقي ثم تتركونني

“Demi Allah aku sesekali tidak akan membiarkan kamu, adakah kamu meletakkan amanah dan tugas khalifah ke pundak ku kemudian kamu meninggalkan aku.”

# Kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi membuat kerjanya tanpa dibantu. Setiap orang ada peranannya. Ingat, kita berkerja kerana Allah bukan keran jawatan.

Akhirnya Said pun setuju dengan jawatan tersebut. Beliau pun berangkat menuju ke Hims (tempat di Syria) bersama isterinya yang baru dikahwini. Saidina Umar telah membekalkan harta yang banyak kepadanya. Apabila sampai di Hims, isterinya hendak menggunakan duit tersebut utk membeli pakaian dan perabot yang sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemerintah Syam. Lalu suaminya berkata:

ألا أدلك على خير من هذا ؟! نحن في بلاد تجارتها رابحة ، وسوقها رائجة ، فلتعط هذا المال من يتجر لنا فيه وينميه

“Mahukan aku tunjukkan kepadamu penggunaan harta yang lebih baik dari ini?! Kita berada di Negara yang mana perniagaannya menguntungkan dan pasarannya meluas. Sebaiknya harta ini dilaburkan kepada pedagang-pedagang untuk dikembangkan.”

Isterinya menjawab:

فإن خسرت تجارته
“Kalau perniagaan ini mengalami kerugian?”

Sa’id berkata:

لن تخسر بإذن الله
“Tidak rugi dengan izin Allah.”

Isterinya berkata:

فنعم إذن
“Kalau begitu, baiklah.”

Sa’id pun keluar membawa hartanya yang banyak. Beliau telah membeli barang keperluan yang penting utk kehidupan mereka dan selebihnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin.

# Inilah sikap seorang mukmin yang mengutamakan keuntungan akhirat dari keuntungan dunia dan lebih mengumpulkan amalan dari mengumpul harta yang fana. Harta yang diifak itu kekal dan yang digunakan sendiri itu akan akan musnah.

Masa pun berlalu, siisteri bertanya kepada suaminya tentang perkembangan duit yang dilaburkan. Sa’id menjawab:

إنها تجارة موفقة وإن الأرباح تنمو وتزيد
“Sesungguhnya perniagaan mencapai sasaran dan keuntungan berkembang dan bertambah.”

Suatu hari siisteri melontarkan soalan yang sama kepada seorang saudaranya yang mengetahui perkara sebenar.

Saudaranya tersenyum diikuti dengan ketawa yang menimbulkan keraguan dalam hati siisteri. Siisteri bersungguh-sungguh menyuruh saudaranya memberitahu perkara sebenar.

Akhirnya dia memberitahu bahawa sa’id sudah menginfakkan kesemua hartanya sejak awal lagi. Siisteri amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana barang yang dihajati tidak diperolehi dan harta sudah habis. Said berkata:

لقد كان لي أصحاب سبقوني إلى الجنة ، وما أحب أن أنحرف عن طريقهم ولو كانت لي الدنيا وما فيها
“Sesengguhnya sahabat-sahabatku telah mendahului aku menjejaki syurga. Aku tidak mahu melencong dari cara hidup mereka sekalipun aku memiliki dunia dan isinya.”

Sa’id berkata kepada isterinya:

تعلمين أن في الجنة من الحور العين والخيرات ما لو أطلت واحدة منهن على الأرض لأضاءتها جميعا ، ولقهر نورها نور الشمس والقمر معا ، فلأن أضحي بك من أجلهن أحرى وأولى من أن أضحي بهن من أجلك

“Ketahuilah sesungguhnya dalam syurga terdapat bidadari dan pelbagai nikmat yang mana kalau salah satu dari nikmat tersebut muncul di bumi ini pasti akan menyinari seluruh bumi dan cahayanya akan mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Aku mengorbankanmu demi mendapatkan nikmat syurga lebih patut dan lebik baik dari aku mengorbankan nikmat syurga kerana untuk mendapatkanmu.”

Akhirnya siisteri tunduk denga kehendak suaminya dan hidup dengan cara suaminya untuk mendapatkan syurga.

# Inilah sikap suami yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah dalam rumah tangganya. Si sisteri juga akhirnya memahami suaminya yang lebih mementingkan akhirat dari segalanya.

Suatu hari khalifah Umar al-Khattab telah melawat Hims dan bertanya tentang pemerintahan Sa’id. Mereka telah mengadu kepada Umar 4 perkara:

Dia keluar untuk menemui kami setelah hari kesiangan.
Pada waktu malam dia tidak menenemui kami.
Dalam sebulan dua kali dia tidak keluar menemui kami.
Kadang dia pengsan dengan tiba2.

Umar berbisik pada tuhan dengan berkata:

الهم إني أعرفه من خير عبادك ، اللهم لا تخيب فراستي فيه

“Ya Allah sesungguhnya aku mengenal sebagai salah seorang dari hambamu yang terbaik. Ya Allah janganlah dikau kecewakan firasatku terhadapnya.”

Adapun jawapan Sa’id terhadap persoalan tersebut adalah seperti berikut:

Jawapan pertama:

“Sesungguhnya aku tidak keluar melainkan setelah kesiangan. Demi Allah Aku benci utk memberitahu sebabnya (kerna takut riya’ dan ujub). Sesungguhnya isteri aku tidak mempunyai khadam. Aku telah menguli tepung dan aku membiarkannya sehingga ia naik dan kemudian aku membakarnya menjadi roti. Kemudian aku solat duha dan setelah itu baru aku keluar.

# Inilah pemimpain yang hebat yang tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dirinya. Pemimpin yang tidak lupa untuk menguruskan urusan rumahnya. Kerja2nya dengan rakyat tidak melalaikannya dari melakukan tanggung jawab dirumah.

Jawapan kedua:

Adapun aduan mereka yg menyatakan aku tidak menerima aduan pada waktu malam. Sesungguhnya aku benci untuk menyatakan sebabnya. Sesungguhnya aku menjadikan waktu siang untuk rakyat dan waktu malam untuk tuhan.

# Inilah pemimpin yang tidak lupa kepada tuhannya. Sesibok mana pun seorang pemimpin terhadap rakyatnya, hendaklah dia memberi masa setiap hari untk bermunajat kepada tuhannya. Kalau kita bagi 24 jam rakyat sekalipun , kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul. Namun apabila kita memperuntukkan sebahagian masa diakhir malam untuk tuhan, pasti Dia akan membantu kita untuk mentadbir sesuatu tempat dengan sempurna.

Jawapan ketiga:

Sesungguhnya aku tidak keluar menemui rakyat dua hari dalam sebulan. Ini kerana aku tidak ada khadam untuk membasuh bajuku dan aku hanya mempunyai sehelai baju. Pada hari tersebut aku membasuh baju dan aku menunggu sehingga ianya kering. Setelah lewat petang aku baru keluar menemui rakyat.

# Inilah pemimpin yang sangat sederhana dalam hidupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan melalui kerajaan yg dipimpinnya.

Jawapan keempat:

Aku kadang-kadang pengsan. Ini kerana aku telah melihat ketika khubaib al-Ansari dibunuh di mekah. Orang quraisy telah memotong kulitnya. Apabila aku mengingati peristiwa tersebut yang berlaku ketika aku masih musyrik dan aku teringat bahawa aku tidak membantu Khubaib ketika itu menyebab aku menggeletar kerana takut Azab Allah swt. Ini menyebabkan aku pengsan.

# Dia berasa amat bersalah dan takut tuhan mengazabnya kerana tidak membantu seorang muslim yang diseksa. Walaupun jelas dia tidak dipersoalkan kerana waktu itu dia masih musyrik. Bagaimana dgn kita yg hanya memandang sepi apabila melihat ummat Islam dibunuh dan diperangi.

Jawapan Sa’ad ini diakhiri dengan tangisan yang membasahi bibirnya.

Umar pun berkata:

الحمد لله الذي لم يخيب فراستي
“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecawakan firasatku.”

Beliau memeluk Sa’id dan mencium dahinya.# Inilah proses muhasabah yang perlu diadakan diantara pemimpin dan rakyatnya.

Tiada ulasan: