27 Syawal 1431 H
Oleh: Dr Azman Ibrahim
Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu atau mana-mana bangsa. Islam agama Allah, tuhan semua bangsa. Allah sebagai tukang buat manusia menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan dan Allah jugalah yang menurunkan Islam untuk menjadi pegangan manusia. Tiba-tiba mana mungkin boleh jadi Islam sesuai untuk satu bangsa tapi tak sesuai untuk satu bangsa lain, seolah-olah bangsa lain ada tuhan lain yang buat, bukan Allah.
GAMBAR-Ceria dalam perjuangan. Dari kiri YM Tengku Ahmad, Dr Azman, YB Drs Khalil Idham, Ustaz Pauzi dan Haji Hassan Karim.
Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan.
Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam.
Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan.
Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong.
Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka.
Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan.
Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.
YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah.
Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah.
Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno.
Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi.
Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh.
Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno,
apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai.
Lantas, apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan. Kononnya Najib menawarkan bantuan kepada Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia tanpa dia sedar Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam.

2 ulasan:
Islam adalah hak Allah bukan hak sesiapa, malahan Rasulullah SAW sendiri tak pernah mengaku Islam itu haknya.
Oleh itu jangan anggap Islam itu hak manusia atau hak kita.
Jika Islam adalah hak manusia atau hak kita ia akan dubah mengikut selera seperti mana yang berlaku pada yahudi setelah diberi kitab.
Kita sangat bimbang ajaran islam apabila dianggap hak manusia atau hak kita ia akan ditafsir mengikut hawa nafsu manusia sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia.
dan kini telah menrebak ke negara malaysia yang dianggapnya indonesia sebagai guru dan malaysia muridnya.
Salam,
Saya ni bukanlah seorang yang kuat agama macam drs, tp apa yang saya tahu di Terengganu sendiri apabila ada solat Jumaat, pasti ada 2 puak iaitu UMNO dan PAS yang sanggup untuk tidak bersekedudukan untuk menunaikan solat Jumaat. Jika PAS betul-betul Islam dan UMNO tidak Islam, mengapa PAS tidak mengajar UMNO yang jahil tentang agama tu? Siapakah kita untuk melayakkan seseorang itu layak digelar Islam tulen atau Islam tiruan? Saya juga bangga apabila Drs masih lagi meneruskan perjuangan Islam. Tapi bagaimana pula dengan ahli yang lain? Khalid Samad membawa Islam Liberal, bagaimana Drs mengulas isu ini? Terima kasih.
Catat Ulasan