15 Zulkaidah 1431H.
Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.
“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.
Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.
Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.
“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.
Malaysiakini/-
7 ulasan:
ustaz tonton video ini juga bukti rosmah hina ulama dan sokong orang hina nabi muhamad..
http://www.youtube.com/watch?v=nhW34J0cwno&feature=player_embedded
*tok janggut
bodoh rosmah mansur ni
kepada serikandi muslim binalah contoh dan anjurlah satu majlis yang menggambarkan realiti busana muslim. 'Amal Nisa' sewajarnya diberi peluang mengketengahkan wajah-wajah busana mulim.
Pada hemat saya kalau dimuakan mereka yang berfikrah UMNO khas 'Kemaruk Fist-Lady'yang menganjur sudah pasti wajah cantik jadi buruk bahkan mata bulat jadi sepek dan kain yang sempurna jadi carik badan bersalut jadi bogel. Yang amat trajis dan kurang ajar nama Nabi Muahammad s.a.w. akan diterbalik.
Yang berdemonstrasi jangan saja berdemonstasi dengan wajah yang kosong malah demolah wajah busana yang sewajarnya diketengahkan.
SALAM,
SEDANGKAN CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN MEGA TOWER DI BANTAH DAN DIWUJUDKAN SATU LAMAN FACEBOOK KHUSUS UNTUKNYA, YANG SEKARANG INI DLM MASA 6 HARI TELAH LEBIH 100 RIBU YG BANTAH...
MAKA PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PAS WAJIBLAH MENGAMBIL PENDEKATAN PRO-AKTIF MEWUJUDKAN JUGA SATU LAMAN FACEBOOK KHUSUS YANG DAPAT MENYATUKAN ORG2 ISLAM UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN MEMBANTAH ISU2 YG MENGHINA ISLAM SEPERTI BUSANA MUSLIMAH YG MEMAPARKAN NAMA NABI MUHAMMAD SAW ITU...DAN ISU2 BESAR LAIN DIMASA HADAPAN.
PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH SAW ADALAH LEBIH BESAR DOSANYA JIKA DIBANDINGKAN DGN MEMBINA BANGUNAN 100 TINGKAT. TUJUAN LAMAN FACEBOOK TERSEBUT(JIKA DI WUJUDKAN)UTK DI 'JOIN'/ULAS SELURUH UMAT ISLAM MALAYSIA MENDESAK SUPAYA ROSMAH MEMINTA MAAF DAN TIDAK MENGULANGINYA LAGI DIMASA HADAPAN...
Mana Haru sani...????
otak dah rosak rosmah
hasus sani : harus rosmah buat program ni...tapi kalau pas buat apa-apa program : haram sani.zikir dia harus...haram...harus...haram...apa nak jadi la ulama ni...kot-kot ular dalam semak.
Catat Ulasan