05 November 2010

Tok Guru ziarahi Puteri Umno

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Sayuti Omar

GUA MUSANG, 4 Okt: Menjelang Asar petang semalam Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.

Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.

Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila.

Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: