05 November 2010

Beli undi di saat akhir

27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafiz Irwan

GUA MUSANG, 4 Okt: PAS menjangkakan taktik kotor Barisan Nasional (BN) untuk membeli undi bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, hari ini terus berleluasa sekitar kawasan ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata BN dijangka menggunakan kaedah tersebut sebagai serangan terakhir mereka terhadap lawannya.

"Kita mendapat maklumat bahawa kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS," katanya ketika ditemui di Bilik Operasi Jabatan Pilihan Raya PAS.

Abdul Halim berkata, sesuatu keadaan tidak pernah terduga boleh berlaku dalam keadaan terdesak demi sebuah kemenangan.

“Kita mendapat maklumat mengenai kehadiran kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain dan mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi,” katanya.

Malah katanya, isu 'kad pengenalan baru' yang dibuat untuk 'pengundi gantian' bagi menggantikan 'pengundi sebenar' dijangka menjadi senjata utama BN.

Harakahdaily difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang tidak berminat keluar membuang undi.

Bagaimanapun, Abdul Halim menegaskan PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video.

Tambah Abdul Halim, tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang adalah terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.

Sehubungan itu, Abdul Halim memaklumkan seramai 29 orang peguam akan ditempatkan di 13 Unit Peti Undi bersama jawatankuasa keselamatan bagi memastikan tidak berlaku sebarang provokasi oleh pihak lawan sama ada dalam bentuk sogokan atau sebagainya.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

abu haniffa berkata...

Bila bertuhankan RASUAH.....

AbuIrfani berkata...

Dapat bukti yg cukup untuk heret ke Mahkamah...