27 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah
GUA MUSANG, 4 Nov: PAS membantah sikap tidak profesionalisme Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencetak kertas undi, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
“Kita bantah ketidakprofesionalisme SPR dalam mencetak kertas undi.“Kita telah buat 3 report polis oleh pengundi, iaitu oleh Zaleha Saleh yang mengundi di peti undi SK Tengku Muhammad Fakri Petra,” katanya.
Menurutnya, Zaleha telah diberikan kertas undi oleh kerani SPR tetapi tidak ada logo parti sama ada PAS atau BN melainkan naman calon dan petak sahaja.
“Kita rasa mungkin SPR tidak sengaja atau boleh jadi sengaja. Tapi kita anggap tak sengaja.
“Cumanya kita harap kertas tersebut diterima waktu kira undi nanti, kerana ini bukan salah pegundi,” ujarnya.
Tambahnya, kes kedua di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa logo.
"Sepatutnya SPR mintak maaf kepada pengundi, kalau tak mintak maaf, dia ego la tu," katanya seloroh.
Kes ketiga, pengundi Hasmah Saleh, di Sekolah Keb Lepan Jaya juga menerima kertas undi mempunyai logo parti BN sahaja.
"Kita mintak penjelasan SPR kenapa berlaku perkara ini," katanya lagi.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, PAS membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.
“Melihat ini serius, bagaimana jika pengundi buta huruf, undi secara teka sahaja, seolah-olah ada satu usaha tertentu,” ujarnya.
Harakahdaily/-

6 ulasan:
bang, tanya sikit,
kertas undi tanpa logo parti tu untuk kesemua kertas undi atau hanya kes terpencil satu dua keping sahaja?
kalau sekeping dua, kenapa 3 orang sahaja buat laporan? mcm aneh.
dua,tiga keping pun spr tak boleh silap...mesti kena chek dulu sebelum keluarkan kertas undi...spr mesti mengaku kesilapan ini...
kita nampak disini SPR memang menjadi ALAT kepada BN untuk menang...
betui2
betui2...come on...nk pilih wakil rakyat ni...bukan nk pilih epal.
Salam,
Kenyataan atau dakwaan penulis ini adalah tidak berasas dan tanpa bukti serta tidak memahami undang-undang pilihan raya dengan mendalam. Sekiranya pengundi menerima kertas undi yang cacat spt tidak mempunyai logo parti yang bertanding dll, pengundi boleh meminta diberikan kertas undi yang lain dan kertas undi itu dikira sebagai kertas undi rosak. Perkara ini disaksikan oleh ejen kedua-dua parti yang bertanding yang berada di saluran tersebut. Diharap penulis, pemimpin-pemimpin dan lain-lain perlu cermat dan berhati-hati dalam membuat kenyataan dan laporan agar tidak menjadi fitnah dan menampakkan kelemahan.
Catat Ulasan