IPOH, 13 Dis :- Pengumuman kerajaan menaikkan minyak, gula dan gas secara berturut-turut telah memberi gambaran kepada kita bahawa keadaan eekonomi negara dalam keadaan tidak stabil, hal ini juga dengan jelas telah berbohong kepada rakyat .
"Belum pun cukup setahun, RON95 telah dinaikkkan kepada RM1.90 seliter, ini pembohongan yang jelas terhadap rakyat, seperti seorang penyamun yang telah mengaku tidak akan merompak lagi, tetapi menjelang malam kembali semula kepada rutin sebagai penyamun,” kata ketua penerangan PAS Perak, Dr.s Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Baru-baru ini kita diuar-uarkan melalui akhbar oleh BN bahawa harga minyak tersebut tidak akan dinaikkan tahun ini, tetapi belum pun sempat rakyat membuat persiapan terhadap kenaikan tersebut, tiba-tiba harga RON 95 dinaikkan dengan serta-merta.
"Saya juga bimbang dengan janji dalam bajet 2011 yg mengatakan harga tol tidak dinaikkan'. Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, pelbagai harga barang akan naik berikutan kesan kenaikan harga minyak itu.
Tambahnya lagi, situasi sekarang menggambarkan bahawa rakyat tidak perlu menunggu GST dilaksanakan secara rasmi untuk “menikmati” kenaikan harga barang, rakyat dapat “merasai” kenaikan tersebut pada masa ini.
“Kerajaan seolah-olah tidak ada rasa bertanggungjawab terhadap hak rakyat, rakyat berhak untuk memperoleh nikmat subsidi terhadap barangan perlu kerana wang subsidi itu bukannya wang BN tetapi wangnya sediri iaitu wang rakyat.” katanya.
“Rakyat tidak boleh membiarkan BN mewenang-wenangnya memutuskan sesuatu dengan serta-merta dalam soal kelangsungan keperluan asas rakyat, berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dengan membawa gelombang Negara berkebajikan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan