14 Disember 2010

FELDA BANGKRAP? NAJIB PENGKHIANAT SEBENAR?

08 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 14 Disember :- Datuk Seri Najib Razak menyatakan perasaan marah beliau terhadap siapa yang mengatakan Felda bangkrap dengan melabel mereka adalah pengkhianat.

Kenyataan tersebut adalah suatu yang tidak boleh diterima dari seorang yang bertanggungjawab dalam hal urusan Felda dari segenap aspek pengurusan organisasi tersebut.

“Dana Felda susut sejak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pad tahun lalu adalah satu isu yang menjadi teras kepada gelaran yang selayaknya buat seorang pengkhianat sejati terhadap Negara dan pengkhianat tanah air kita ialah Datuk Seri Najib Razak,” kata Ketua Penerangan Pas perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui disini.

Menurutnya lagi, tuduhan Umno terhadap pihak lawannya adalah perkara rutin dalam budaya mereka, mereka telah menanam budaya ini secara akar umbi dalam parti mereka, dengan penerapan ini mereka mudah memperdaya ahli mereka demi mempertahankan agenda pemimpin tertinggi BN.

Dana tersebut sepatutnya dijadikan rezab tunai Felda, paling tidak pun dana tersebut meningkat atau pun stabil, kemerosotan rezab tunai yang mencecah nilai billion ringgit menjadikan satu angka yang menakutkan rakyat.

“Kita khuatir dakwaan beliau yang mengatakan pihak yang mendedahkan keadaan sebenar Felda yang menuju bangkrap berniat untuk menarik perhatian rakyat supaya terus berpersepsi bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti pengkhianat Negara, ini perlu diperbetulkan,” tegasnya.

Tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, persoalan-persoalan sebegini sepatutnya dijawab oleh pemimpin tertinggi BN yang menerajui Felda, rakyat mahu tahu kemanakah wang itu lesap.

Dalam pada itu beliau menyatakan bahawa soal wang organisasi sebesar Felda perlu diurus tadbir dengan telus dan berwibawa, menurut rekodnya kini, BN sudah hilang wibawa sebagai pentadbir Negara yang telus, justeru rakyat sepatutnya tidak memberi peluang kepada BN untuk terus mentadbir Malaysia untuk kesekian kalinya.

“Pakatan Rakyat sudah bersedia menjadi sebuah kerajaan yang komited menjaga kepentingan Negara termasuk mengurus khazanah Negara, tegasnya.

Tiada ulasan: