14 Disember 2010

Malaysia pilihan pelancong Islam global

08 Muharam 1432H

GEORGE TOWN - Malaysia kini menjadi pilihan pelancong Islam kerana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk halal, kata Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Zainuddin Abdul Wahab.

Beliau berkata potensi pelancongan Islam di Malaysia terbuka luas dengan faktor penyumbang lain kepada potensinya ialah dasar liberal negara yang menawarkan keselesaan dalam pelbagai segi.

"Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mempunyai tahap keselesaan tinggi terhadap isu halal bukan saja pada makanan dan minuman, malah keperluan peribadi serta kemudahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainuddin berkata berdasarkan kajian yang dilakukan, pelancong terutama yang beragama Islam memilih Malaysia kerana mereka senang mendapatkan makanan halal, kemudahan tempat beribadat, pelancongan berasaskan kesihatan, kepelbagaian budaya dan warisan serta suasana yang aman.

Katanya ITC yang diiktiraf Kementerian Pelancongan akan terus mempromosikan produk pelancongan Islam dari Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: