08 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Nor Yahya
KUBANG KERIAN,14 Dis: Pemuda PAS Kelantan akur dengan keputusan pimpinan parti untuk membuat perubahan dalam penentuan calon parti dalam Pilihanraya Umum akan datang, demikian dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Baihaki Atiqullah hari ini.
Mengulas kemungkinan PAS Kelantan akan menyenaraikan muka baru dalam PRU ke 13 nanti bagi menggantikan wakil rakyat yang kurang berprestasi selama ini, Baihaki berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan sentiasa bersedia dengan calon yang boleh diketengahkan.
Beliau juga berkata semenjak dulu lagi PAS Kelantan sentiasa mengambil kira dan meraikan calon dari kalangan pemuda dan kemungkinan untuk PRU akan datang juga akan ada muka baru dari kalangan pemuda PAS Kelantan.
“Saya dulu pun dipilih dari kalangan pemuda dan ketika itu saya berusia 26 tahun dan bertanding pada PRU ke 10 dan masa kini hanya ada dua sahaja iaitu saya dan Ketua Pemuda PAS Kelantan iaitu Adun Mengkebang ”ujar beliau.
Baihaki ditemui di majlis Berkhatan beramai-ramai dalam Dun Pasir Tumboh, seramai 80 kanak-kanak telah diraikan dengan pancuran air dari Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta mendapat kerjasama dari enam pegawai perubatan.
Melalui program yang diadakan setiap tahun ini, Baihaki berkata ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk dalam Dun Pasir Tumboh disamping dapat menjimatkan belanja bagi menguruskan berkhatan untuk anak-anak.
“Melalui program ini, keluarga hanya dikenakan RM20 sahaja dan segala peralatan seperti penyediaan makanan ringan dan pulut kuning disediakan oleh Dun” ujar beliau.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan