SHAH ALAM 14 DIS : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan penangguhan konvensyen tahunan parti itu selama 12 bulan sehingga bulan Ogos 2012.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ianya selaras dengan keputusan parti komponen Barisan Nasional, Umno dan MCA menangguhkan parti masing-masing sebagai isyarat jelas Pilihanraya Umum mengejut yang berkemungkinan akan diadakan tahun depan.
"Ini untuk mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 yang paling kritikal.
"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pertemuan malam tadi memutuskan untuk menggunakan Klausa VIII dari Perlembagaan Parti untuk menunda kongres parti dan konvensyen negeri selama 12 bulan.
"Ini bermakna pemilihan parti yang akan diadakan ketika sidang kongres pada bulan Ogos 2011 ditangguhkan sehingga Ogos 2012.
Keputusan ini ujar Guan Eng turut mempengaruhi pemilihan parti itu di Negeri Sembilan dan Sarawak yang sepatutnya dijadualkan pada akhir tahun 2011.

1 ulasan:
Pada hemat saya mana-mana parti dalam PR tidak perlu menangguh aktiviti meraka. Kalau kita yakin dengan perjuangan dan ahlinya yakin dan memang kental dengan perjuangan maka konvensyen kelak lebih memantapkan parti sebelum PRU. Was-was dengan perjuangan lebih menggugat ketuanan parti.
PR tidak sewajar takut seperti UMNO yang semakin runcing dengan karenah ahli yang mabuk kebendaan. Mereka telah membudayakan masa jika ada PRU maka akan menangguh apa-apa perjumpaan besar takut tembelang pecah.
Dahulu ada di kalangan pimpinan PAS juga ingin mengangguh muktamarnya kerana dekat dengan PRU12 tetapi Ahli menggerak supaya muktamar diteruskan akhirnya akur dengan kehendak ramai.
Keputusannya PAS semakin mantap dan ahli semakin matang. Sehingga kini tiada MP atau ADUN PAS berpaling tadah.
Yakinlah kepada perjuangan....! Insyaallah berkat.
Catat Ulasan