06 Januari 2011

Dr Asri : Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik

1 Safar 1432H.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Sumber : Malaysiakini dengan tajuk asal "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina"

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.w.w,
Pandangan saya :-
1) Setuju 100 peratus malahan beratus-ratus peratus pun OK dengan pendapat Dr. Asri.
2) Dalilnya di dalam Surah Bani Israil(17) Ayat(33) Allah swt. berfirman : Wala taqtuluu-nafsallati harramallahu illa bilhak - Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan Hak. Hak bererti peraturan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3) Apatahlagi pada akhir zaman ini, sebagaimana yang diucapkan oleh Baginda Rasullullah saw. bahawa akan terdapat pemimpin, pemerintah, pengikut dan manusia yang zalim dan kejam yang meletakkan hukum menurut prasangka sendiri.
4) Allah menegah lagi dengan ayat janganlah kamu menurut dzon/sangkaan di dalam melaksanakan hukuman kerana menurut dzon/sangkaan itu adalah sesat dan dosa besar.
5) Seterusnya Allah berfirman juga di dalam Surah Al-Isra Ayat36 "Janganlah kamu mengamalkan sesuatu yang kamu tiada ilmunya kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu setiap satu akan disoal(di akhirat kelak).
6) Pada yang sedar, ikhlaskanlah diri masing-masing dan niatkanlah dikerjakan kerana Allah tanpa sebarang upah, pastinya Allah akan memberi habuan melebihi dunia seisinya diakhirat nanti sungguhnpun di dunia kita bersedih. Rujuklah Surah Yunus(10) Ayat(58) "Qul bifadlillahi wabirahmati fabizalika yafrahu, Huwa khairum-mima yang maun - Katakahlah Muhammad dengan keutamaan Allah dan rahmatnya(Islam yang Hak berbentuk AlQuran & As-Sunnah), maka janganlah engkau bersedih kerana ianya lebih baik dari yang kamu kumpul(maksudnya dunia seisinya)"
Kalau nak cakap sekalipun, biarlah ada nas atau dalil di dalam Al-Quran/Hadis kerana peraturan Allah dan Rasul itu sudah lengkap cuma sedikit2 sahaja ditambah dengan sedikit ijtihad.
7) Malangnya hari ini, bagaiman hendak direalitikan di atas. Cukup sedihnya umat Islam hari ini samada pemimpin maupun pengikut - lemah ilmu Quran/Hadisnya, cara berfikir masih di takuk jahiliyah.
8) Macam manalah Melayu Islam nak bangkit...? Macam manalah Melayu Islam nak mendapat pertolongan Allah kalau ginilah caranya....? Macam manalah Melayu Islam nak membina keluarga yang sakinah/ mawaddah/warahmah, kalau ginilah caranya...? Apatahlagi di dalam urusan yang besar2.
Fikir-fikirkanlah....! Wassalam.
Alhamdulillah-jazakumullahu-khairoh

Tanpa Nama berkata...

salamullahi alaikum...setuju dgn Dr.asri...adakah ahli2 agama yg boleh menyatakan seperti apa yg beliau nyatakan..tiada!!yg ada hanya banyak bercakap bab2 lain...bacul untuk manyatakan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

tengoklah perangai ampu, konon nak perjuang raja2 melayu. Mana meraka masa nabi + islam dihina dicerca??? Sama juga dengan pertubuhan peribumi Perkasa , Saya nampak Dato ibrahim Ali pun pakai Rexton kenapa x pakai Proton produk melayu. Penipu besar???

Amuraria berkata...

BILA AGAMA ISLAM DITOLAK TEPI,BILA TEMBOLOK LAGI DIDAHULUI ,BILA KRONI LAGI DIBELAI, BILA KUASA & PANGKAT LAGI PENTING,BILA KRONI LAGI DIDAHULUKAN,BILA DUIT LAGI DITUHANI INILAH AKAN JADI PADA PARTI MUSIBAT APCO !

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan orang islam tetapi apabila saya baca ulasan Dr Asri saya sangat menghormati orang berfikiran seperti beliau dan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Agama Islam akan disanjung tinggi oleh semua pengikut agama lain sekira kita ada ramai muslimat dan mulimin yang berjiwa seperti beliau.

Tanpa Nama berkata...

Kemuliaan agama Islam sudah dicemarkan oleh puak puak yang ti bertanggung jawab, bah kan kalau di berinya peluang lagi kepada puak puak pelampau ini memerintah, jahanam Malaysia lagi dibuat mereka.

Tanpa Nama berkata...

Your thoughts and understanding are divinely blessed, thus the acceptance. Tq.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pendapat kamu tentang Dr Ridhuan Tee?

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum, syabas kpd kpd dr Asri diatas keberanian dan keikhlasannya menegur mereka mereka yg terlampau dlm menunjukkan sikap sokongan kpd institusi raja raja.Teringat kata kata hikmat seorang pahlawan lagenda bangsa melayu "raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah". Menegur tidak semestinya menentang dan menentang tidak semestinya bermusoh.Bukankah Ibrahim Ali antara pemimpin pemimpin politik yg meyokong kuat pindaan perlembagaan yg menghapuskan 'kekebalan raja raja' dahulu??

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya institusi raja ini tidak berubah mengikut masa yakni bertindak selari dengan peredaran zaman, saya percaya akhirnya ianya akan terkubur dan menjadi salah satu item di muzuim untuk dikaji oleh ahli2 sejarah dan cucu cicit keturunan raja2 sahaja. Rakyat masa tu tidak boleh faham kenapa datuk nenek mereka mengambil masa yang begitu lama untuk mendemokrasikan tanah air....

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya ....kenapa agaknya MUFTI MUFTI yang dilantik langsung tidak memberi KOMEN pada Sultan Sulatan yang kaki TOGAK....LEBIH LEBIH LAGI KAT HARDROCK CAFE....MMMM