16 Mac 2011

Tiga kebahagiaan insan

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tiada siapa yang inginkan kesedihan, kemurungan dan keresahan. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja pun, saya yakin dan pasti yang merekan akan berkehendakkan akan kebahagiaan. Hidup tanpa bahagia ibarat terbakar dalam neraka dunia.

Namun, apakah itu kebahagiaan sebenarnya? Adakah wang ringgit? Adakah makanan yang lazat? Adakah anak-anak? Atau segala perkara material yang mampu kita lihat atau mungkin ianya merupakan satu perasaan yang mana kita merasa aman, sentiasa ceria walaupun bermasalah.

Sebenarnya, langkah paling awal untuk mengecap kebahagiaan adalah memahami diri sendiri. Dalam erti kata lain, menguasai segala sifat negatif yang selama ini terbentuk dalam benak minda hingga ada yang dizahirkan dengan perbuatan. Selagi kita duduk dalam lingkaran energi negatif, maka kita tidak akan dapat lagi dari tempiasnya.

Lebih memburukkan keadaan, apabila tenaga negatif-negatif ini terkumpul dan terpendam menjadi seakan satu gunung berapi dalam diri yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Setelah itu kita akan melihat kedatangan kebahagiaan, namun jangan dilupakan bahasa kebahagiaan duniawi anak Adam terbit atas tiga perkara yang kadang kala kita lupa untuk mengupasnya dengan penuh hikmah.

Dalam sebuah hadis, daripada Saad bi Abi Waqqas dinyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Secara mudahnya, kebahagian akan datang dengan jelas apabila kita mempunyai tiga perkara, iaitu, isteri (pasangan), tempat tinggal dan kenderaan. Mungkin lebih bagus seandainya kita dapat mengupasnya sedikit secara satu persatu.

1 – Isteri

Sebelum mendapat isteri yang solehah, kita sendiri mestilah soleh. Jika diri sendiri tidak soleh, agak mustahil pula kita dapat membentuk seorang isteri yang solehah. Berkenaan isteri atau pasangan hidup, hal ini dilihat cukup linear kerana seandainya kita dan isteri tidak sehaluan, mana mungkin kita akan mengecap kebahagiaan. Kita sering mengatakan pasangan hidup mestilah sekufu, dari sudut sekufu yang sama arah dan tahap pemikiran. Jika kita mempunyai masalah dalam rumahtangga, kita selalunya akan membawanya ke tempat kerja, maka hasil produktiviti akan merudum dan mungkin lama kelamaan kita boleh hilang pekerjaan dan kepercayaan yang diberi majikan..

http://laman-seri.blogspot.com/


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebahgiaan rakyat kerana pemimpin yang 'adil !