23 Mei 2011

Khalil Idham Lim : Saya terima pencalonan sebagai AJK PAS Pusat.

19 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN RASMI
Pejabat ADUN Titi Serong, Perak.


Saya dengan rasminya telah menerima sepucuk surat dari jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat yang bertarikh 16 Mei 2011 mengenai Pencalonan Sebagai Ahli Jawatrankuasa PAS Pusat bagi sesi kepimpinan 2011-2013.

Dengan penuh keinsafan setelah bermunajat kehadrat Allah SWT dengan melakukan solat sunat Istikharah bagi memohon bimbangan dan petunjuk dari Allah SWT. Juga setelah menilai pandangan dari Isteri tercinta dan rakan-rakan seperjuangan mengenai perkara tersebut :-

Maka saya, Khalil Idham Lim yang telah dicalonkan untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan ini menerima pencalonan tersebut.

Saya akan menjawab surat tawaran tersebut kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat berdasarkan surat jawapan yang telah dilampirkan pada hari ini.

Saya sangat menyakini bahawa Perjuangan PAS adalah satu-satunya perjuangan Islam yang syumul bagi menyempurnakan tuntutan syahadah kita sebagai setiap Muslim di negara Malaysia yang kita cintai ini. Kerana ini naik dan jatuhnya seseorang pemimpin dalam PAS saya yakini adalah terbimbing dan ditentukan juga oleh Allah SWT.

Maka saya menyerahkan kebijaksanaan yang ada pada semua perwakilan dengan Rahmat dan Bimbingan Allah SWT untuk menentukan siapakah mereka yang akan dipilih untuk menerajui Kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2011-2013.

Selamat Bermuktamar......

ADUN Titi Serong Perak
Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Mei 2011

Tiada ulasan: