23 Mei 2011

Perkidmatan pelanggan patut dipertingkatkan dan Harga Pasport Antarabangsa Patut diturunkan

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pihak Pas Miri ada menerima aduan tentang masalah orang ramai yang
mengadu tentang masalah kesukaran untuk mendapat pasport baru di
pejabat Imigresen Miri terutama pada hari sabtu dan ahad dimana waktu
yang diperuntukan terlalu singkat iaitu dari jam 8am – 11.30am pagi
dimana waktu urusan untuk pembayaran ditutup seawal jam 11:30am.

Waktu begini sajalah masa yang sesuai untuk mereka yang bekerja dapat
membuat pasport baru atau memperbaharui pasport mereka dan juga anak
mereka.

Bagi yang datang dalam jam 10 pagi pun proses untuk membuat pasport
mereka terpaksa ditolak oleh pegawai disebabkan kaunter pembayaran
ditutup awal. Ada yang mengadu terpaksa berulang alik semata-mata
untuk memperbaharui atau membuat pasport baru mereka kerana ada
sesetengah pegawai tidak mahu memproses paspot tersebut kerana alasan
mereka terlalu banyak pasport yang perlu diproses pada waktu tersebut

Kita berharap agar perkhidmatan pelanggan untuk membuat atau
memperbaharui pasport dapat dipertingkatkan perkhidmatan mereka untuk
pelanggan jangan biarkan mereka terpaksa berulang-alik dan membebankan
mereka yang terpaksa turun naik ke pejabat imigresen lebih-lebih lagi
waktu pejabat.

Satu perkara yang patut pihak kerajaan ambil perhatian ialah tentang
harga passport antarabangsa yang terlalu mahal, bukan semua orang
selalu keluar negara jadi sepatutnya harga yang ada sekarang patut
dikurang lagi seperti harga asal dimana dulu harga untuk passport
antarabangsa untuk lima (5) tahun cuma rm150.00 tapi sekarang harganya
mencecah RM300.00 untuk 5 tahun.

Kita minta pihak berwajib dapat mempertimbangkan pemintaan rakyat ini
agar kos passport dapat dikurangkan memandangkan harga barang
keperluan sudah meningkat dan membebankan rakyat. Pihak kerajaan patut
memberi keutamaan pada rakyat dari kepentingan politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: