23 Mei 2011

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor kritikal

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Selangor, Mohd Radzi Yusof dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang.

Mohd Radzi, 51, sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada hari Selasa (17 Mei) lepas untuk mendapat rawatan masalah paru-paru yang dihadapinya dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu kerana keadaan bertambah buruk.

Keadaan beliau masih lagi koma dan doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-paru untuk mengenal pasti jangkitan lain.

Walaubagaimanapun keadaaan beliau semakin stabil berbanding semasa mula-mula dimasukkan ke ICU.

Sehubungan itu, pihak pihak jabatan pilihan raya PAS negeri meminta orang ramai bersolat hajat dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan yang dikesan sejak Januari lepas.

2 ulasan:

tukartayarbaru berkata...

Cikgu Radzi memang terkenal di kawasan Gombak kerana kesungguhan beliau untuk mencurahkan tenaga, masa, idea dan segalanya untuk mendaulatkan Islam di bumi Selangor khasnya. Beliau seorang yang amat dedikasi dalam melaksanakan amanah dalam parti. Disaat beliau ditimpa ujian sakit sebegini, ramai dikalangan sahabat dan teman seluruh Selangor merasa sayu dan sedih dan senantiasa bersolat hajat dan berdoa agar beliau sembuh dengan izin Allah agar kembali merintis kegemilangan Islam yang di bawa PAS di Selangor. Buat Cikgu dan keluarga beliau , didoakan dari kejauhan agar bersabar dengan ujian ini. Percayalah seluruh teman dan sahabat sejemaah akan mendoakan agar Cikgu kembali sembuh. Amin.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas ke perihatinan pihak blog idhamlim @cina islam mengenai arwah ayahanda tercinta saya.. kami dari pihak keluarga arwah mencucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara atas keperihatinan ini mahu pun apa2 yang berkaitan.. di doakan arwah di tempatkan di dalam golongan para shahadah insha allah..
http://www.facebook.com/radzuan.afifi.radzi