20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Kepadatan penduduk di kawasan perumahaan Senadin menyebabkan surau yang sedia ada terlalu sempit untuk umat Islam menunaikan solat fardu berjamaah. Menurut seorang penduduk yang berdiami kawasan tersebut telah menghubungi PAS miri menyatakan ada sebuah projek pembinaan Masjid di kawasan perumahan mereka masih lagi belum dapat dibangunkan kerana kekurangan dana.
Setakat ini wang yang di dermakan oleh orang ramai masih belum dapat digunakan sepenuhnya memandang kos menimbuk tanah di tapak masjid tersebut terlalu tinggi.
Menurut beliau tapak projek tanah waqaf untuk membina masjid tersebut telah lama dicadangkan sejak tahun 2001. Sehingga kini Kebenaran Kerja-Kerja Tanah (Meruntuh/Merata dan Menimbuk Tanah) masih dalam proses. Memandangkan kos pengangkutan tanah terlalu mahal usaha untuk menimbus tanah tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan peruntukan tidak mencukupi.
Kos peruntukan untuk membina masjid tersebut dianggarkan dalam lima (5) juta ringgit dimana boleh menampung jamaah dalam satu ribu orang. Penduduk Islam di perumahan Senadin merayu agar pihak kerajaan dan kementerian yang menjaga hal-ehwal Masjid dapat melihat sendiri keadaan tapak tersebut dan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera tanpa menunggu lebih lama lagi.
Pas Miri perihatin dengan masalah penduduk Islam di Senadin kerana mereka sudah lama menunggu janji-janji pemimpin BN untuk membantu penduduk Islam di Senadin membina masjid tersebut tetapi sehingga sekarang mereka masih lagi berharap agar janji tersebut dapat ditunaikan sebelum PR13 nanti.
Harapan penduduk Islam Senadin untuk mendapatkan sebuah masjid di Senadin sudah lama tertunda dimana sekarang pertambahan penduduk Islam yang sudah mencecah hampir ribuan orang. Dengan adanya masjid tersebut umat Islam dalam kawasan tersebut dapat menunaikan solat fardu Jumaat dengan selesa disamping dapat menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih di bulan Ramadan dan juga solat hari raya.
Masjid tersebut juga boleh digunakan untuk tempat pengajian penduduk islam dan juga anak-anak mereka belajar Al-Quran dan solat. Banyak kebaikan yang boleh digunakan dengan adanya masjid tersebut nanti.
Kita berharap pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian yang serious dengan masalah penduduk Senadin ini dan dapat bertindak dengan segera demi kebaikan untuk semua. Kebajikan rakyat mesti diutamakan jangan hanya kepentingan politik didahului.
PAS Miri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan