16 Mei 2011

Liwat II: Kes Prima Facie, Anwar diperintah Bela Diri

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa".

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Tiada ulasan: