16 Mei 2011

Najib umum kenaikan pangkat secara terpilih, buktikan tawaran 100 hari PR lebih relevan.

13 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 16 Mei :-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Pengumuman ini sekaligus menafikan apa yang pernah disebutkan dalam program 100 hari buku jingga Pakatan Rakyat untuk memberi tambahan gaji kepada semua guru sebanyak RM 500 adalah sesuai dilaksanakan dan bukannya membawa kepada negara bankrap seperti yang pernah diucapkan oleh Menteri pelajaran, Muhyiddin Yassin".

"Namun begitu terdapat sedikit kekeliruan mengenai kenaikan pangkat secara terpilih dan tidak melibatkan semua guru secara selakigus seperti yang telah diumumkan Najib" Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan terdapat pilih kasih dan ada matlamat tertentu yang disifatkannya sebagai "ada udang disebali batu" dengan pengumuman kenaikan pangkat secara terpilih tersebut.

"Realitinya yang berkerja kuat ialah semua guru khususnya yang tidak berpangkat dan mereka sepatutnya mendapat imbuhan kenaikan secara menyeluruh seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat" Kata Khalil.

"Dengan kerja keras mereka yang tidak berpangkat itulah prestasi pendidikan negara terus meningkat dan mereka mestilah dihargai semuanya, bukanya secara terpilih sahaja"Katanya

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," kata Najib dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di Kuching hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat ke Gred Khas, Namun menjanjikan semua guru lain peluang menikmati pergerakan gaji tahunan sepereti biasa.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," Umum Najib.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," kata najib.

Dalam perkembangan yang berkaitan juga,Khalil idham Lim yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dilihat sangat relevan kerana tambahan gaji yang dicadangkan melibatkan semua guru termasuk yang diumumkan mendapat kenaikan pangkat dan gaji pada hari ini.

"Ianya tidak pilih kasih dan melibatkan kumpulan tertentu sahaja, sepatutnya ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan" katanya

Khalil Idham Lim yang juga pernah menajdi Guru sebelum spenuhnya aktif sebagai ahli politi mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, jasa guru sangatlah besar dan tinggi nilainya"

"Selain itu saya menyeru kepada seluruh warga pendidik untuk bersedia dari sekarang bagi menentukan Pakatan Rakyat mampu mengambil tampuk pemerintah Malaysia dan untuk diPerak mengembalikan kuasa yang telah di rampas oleh UMNO dan BN".

"Harapan saya Guru tidak akan tunduk dengan ugutan dan desakan pihak tertentu dan berani melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih Selamat pada masa akan datang" Tegasnya

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru sekolah rendah juga banyak menyumbangkan kemajuan pendidikan Negara..bebanan kerja yang banyak tetapi tidak dihargai langsung..dimanakah hasrat kerajaan untuk membantu golongan guru-guru yang tidak mempunyai ijazah atau guru-guru lama yang sudah 5-6 tahun bergaji maksima lebih-lebih lagi guru besar DGA32 dan DGA34.Apa yang kerajaan boleh tolong golongan-golongan sepertiini...

akulajuki berkata...

Tiap kali hari guru maka diumum pelbagai insentif kepada para guru dan setiap kali jugalah insentif2 tersebut hanya menguntungkan kalangan pentadbir di sekolah sedangkan yang bertungkus lumus macam abdi adalah guru-guru biasa.

Kebanyakan pentadbir tua di sekolah2 rendah otak dah beku tapi masih diberi pelbagai peluang naik pangkat. Itu belum lagi kira gred rendah (DGA38 & DGA34) mentadbir guru yang berada di gred yang lebih tinggi (DG41 & DG44). Kalau kata bodoh orang akan marah tetapi kalau tidak bodoh apa ker bendanya pun?

Harapannya ialah, andaikata PR berjaya merampas Malaysia daripada umporno dan BN, tolonglah ubah keadaan ini. Keadaan semasa menyebabkan ramai guru di gred yang lebih tinggi di sekolah rendah putus asa. Lagipun kebanyakan pentadbir adalah dari kalangan mereka yang pasti penyokong umporno dan BN. Kalau ada yang bukan penyokong tegar umporno dan BN hanya melibatkan kes2 terpencil sahaja.

Tanpa Nama berkata...

NAK JADI 'PENDETA GURU' NI KENA BERTAPA KAT GUA MANA?
GUA UMNO LE TUH.

Tanpa Nama berkata...

Hari Guru tahun ini nampaknya kaum guru di tipu lagi. Yang untung hanya pentadbir yang terkenal dengan tak tahu buat kerja, nyanyuk, tidak menjaga kebajikan guru bawahan. Mereka hanya mengikut arahan PPD,JPN dan KPM, kerja tak tahu buat...

Tanpa Nama berkata...

Yang untung guru berjawatan jer !. Guru biasa macam tu jugak. Dan yang pasti ramailah pembodek-pembodek akan lahir...pandikuttty betul la !

Tanpa Nama berkata...

Berapa ribu guru yang dapat faedah drp empat ratus ribu lebih guru,dah tu kebanyakkan guru Sek. Men sahaja...berapa jumlah di banding guru Sek. Ren. 99orang. Tak adil langsung.Apa GPK Sek Rendah tak buat kerja ke.Lebih baik tutup je Sek Ren biar murid masuk terus Sek Men.Kerajaan sebelum buat apa rancangan ,tengoklah agar semua guru dapat manfaat..bukan golongan tertentu sahaja. Lepas ni GPK sek rendah bukan kluster tak payah buat kerja lebih..jasamu tak dihargai langsung.Harap pakatan akan ambil peluang atas perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Bila Hari Guru diadakan setiap tahun,guru disiplin paling kecewa kerana tak pernah dapat hadiah dari murid(Bukan mengharap sangat).tetapi biasalah guru disiplin memang dibenci oleh murid.
Dulu ada ura-ura KPM hendak memberi elaun kritikal kepada guru disiplin tapi sampai sekarang 'habuk pun tarak'...guru disiplin sentiasa dalam bahaya dulu, kini dan selamanya (rujuk berita dalam akhbar kebelakangan ini)
Untung menjadi guru yang mengajar PPSMI tak semena-mena dapat 10% dari gaji.Begitu juga dengan guru vokasional (membuatperabut),mereka ini dah pakar dalam bidang tersebut dan bekerja dalam keadaan mengutamakan keselamatan, tak perlu elaun kritikal.
Guru disiplin masih terpinggir, keselamatan sentiasa terancam dan tidak dapat diduga sama ada didalam atau diluar sekolah.Fikir-fikirlah wahai menteri nyanyuk. UBAH SEKARANG.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan PR elaun khas guru RM 500 lebih relevan dan membela semua guru dan bukannya beberapa kerat pentadbir shj.

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya jika PM cadangkan semua guru dapat 10% seperti guru PPSMI yg dah nak dimansuhkan tu. Jika nak bandingkan dengan cadangan PR nak kasi RM500 tentulan cadangan PR lebih baik. Inilah tanda-tanda awal kejatuhan BN dlm PRU ke 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bertelagah dengan imbuhan politik si najib @ umno tu. Duit-duit tu semua terbit dari mana? Semua atas keringat rakyat. Adalah lebih baik kos sara hidup rendah daripada angka imbuhan sahaja yang besar dengan kos sara hidup yang tinngi. Gila semua ni dengan kos yang mendadak terlalu kerap dan cepat. Hantu punya pemerintahan......

Tanpa Nama berkata...

Kerja pentadbiran sekolah yg senang2 tu pon dapat gaji 48. 44 sudah ler

Tanpa Nama berkata...

guru-guru biasa yg bertungkus-lumus mengajar dalam kelas memikul bebanan dan pelaksana dasar. Golongan ini yg merana namun yg mendapat imbuhan golongan atasan yg hanya tahu memberi arahan namun tak pernah membuat kerja. Memang diakui bukan semua golongan atasan ni haprak namun 70% golongan ni memang kaki buli je. Guru2 biasa buat kerja tapi imbuhan orang lain dapat !!!! teruk nya sistem yg dibuat dan diperkenalkan oleh PM ni....

Tanpa Nama berkata...

41 & 44pun tak layak, kalau tak sambung belajar... memalukan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu 10.59pm, pernah beberapa tahun lepas guru disiplin SMK Methodist, Parit Buntar terima hadiah seekor anak ular sawa dari murid. Jadi kes polis lepas tu...