6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Parit Buntar, 9 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak. Yb Drs Khalil Idham Lim berkata Umno Barisan Nasional tidak ada sensitiviti terhadap Islam walaupun rakyat Malaysia terus diberitahu media kerajaan bahawa Umno lah yang komited terhadap Islam di Malaysia.
Perdana Menteri dipetik sebagai berkata Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN amat berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi apabila beliau memberi respon terhadap isu wujudnya kelompok yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan seperti yang termaktub.
“Saya kira isu ini sengaja direka umno BN bagi mencetus sentimen agama bagi kemarahan muslim negara sebagai talian hayat umno menjelang PRU 13 nanti,” katanya ketika ditemui di sini.
“Pakatan Rakyat telah meterai persefahaman mengenai kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama rasmi persekutuan, dan komited dengan perlaksaan Islam seperti yang telah diterjemahkan di Selangor dan Kelantan,” ujarnya.
Tambahnya, Umno BN telah meletakkan Islam seolah-olah remeh dan layak dipersenda apabila mereka (Umno BN) langsung tidak ambil endah terhadap sumpah mubahalah oleh saiful dan dato eskay terhadap dua tuduhan kononnya ia dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, walaupun sumpah itu sendiri telah mencetuskan kekeliruan dalam amalan sebenardalam Islam kerana sumpah sebegitu hanya boleh dibuat oleh orang yang dituduh, bukannya si menuduh.
“Ini amalan songsang yang diredhai dan dibiar oleh Umno BN, PM membiarkan sahaja apabila diminta memberi respon dan ia boleh menambahkan kekeliaruan umat Islam di Malaysia khususnya,” jelasnya.
YB khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan mereka (umno) cuba menggunakan taktik talian hayat isu yang sengaja diada-adakan bahkan Ketua Paderi Kristian Malaysia dipetik sebagai berkata, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan media umno dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
“Sudah sampai masa umat Islam perlu buka mata terhadap isu-isu ini, jadikan PRU 13 sebagai platfom untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, ubah sekarang selamatkan Malaysia,” katanya.
Oleh : Hafizi Pauzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan