09 Mei 2011

10 Ajaran Sesat Masih Aktif

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



PUTRAJAYA: Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.

Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini.

“Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.

“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.

"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mustaffa othman ni barangkali seorang yg anti tarekat sdgkan tarekat2 yg muktabar pun spt Naksyabandy yg ada salah silah nya hingga kepada Rasulullah saw di kata kan sesat sdgkan pengamal2 nya ramai dari kalangan org2 berilmu agama spt Prof. Jahid bekas dekan jabatan usuluddin dan ramai lg, setahu saya golongan WAHABBI memang anti tarekat sbb nya org2 tarekat yg Muqarabbin dpt melihat seseorang itu zahir dan bathin, kalau sesat masakan hati org2 yg bertarekat sentiasa berzikir kpd Allah dlm setiap nafas nya turun naik, ini lah yg dikatakan sudah sampai akhir zaman yg benar dikatan salah dan salah dikatakn benar sdgkan ahli2 tarekat Naksyabandiah akan menjalani Ibadah Suluk di Madrasah Suluk yg terdapat diseluruh negara jgn senang2 kata sesat, Dato' Dr Harun Din Al Hafis pun tak berani kata sesat ke atas sesuatu ajaran sebaliknya kata jahil. Dr perubatan pun ada kepakaran dlm bidang2 masing2. sdgkan solat kita pun belum tentu 100% ikhlas krn Allah walaupun kita tinggi ilmu dlm pendidikan agama ty lah mana2 ustaz pun khusyuk tak ustaz sembahyg jawab nya mudah aje tak khusyuk. sebaik seseorang itu mengangkat takbiratul ikram maka dlm kepala otaknya/fikiran nya mula lah menjelajah ke sana kemari sedangkan mulutnya kumat kamit membaca ayat2 suci sdgkan hati nya merayau2, ada ustaz kata ingat makna bacaan apa pun memang tak mau juga tp tanyalah kpd ahli tarekat yg muqarabbin yg hatyi sentiasa di cuci setiap saat dgn zikuirullah sembahyang mrk begitu lazat sekali.org2 kafir terutama penjajah bagitu takut dgn ahli2 Tarekat (sufi) krn jiwa mrk kental sukar utk digodam sbb itu di zaman Nabi saw islam berkembang dan gah kalau kata sesat maka ramai para wali2 Allah yg mempunyai jalan tarekat spt syeikh salman al farasi, Uwais Al Qarni,syeikh Bahauddin Naksyabandiah yg makam nya tersergam indah di Uzbekistyan dan beratus2 lagi boleh kah kita minta maaf dgn mrk2 ini krn kita menuduh mrk sesat? takut2 kita yg Allah swt balik kan kesesatan kpd kita walaupun kita seorang ahli agama.
boleh kah kita tuduh mrk ni sesat