Himpunan aman Bersih yang menurut cadangannya akan diadakan dengan kerjasama pihak keselamatan dan pihak berkuasa di Stadium Merdeka pada 9 Julai nanti merupakan salah satu usaha menyampaikan nasihat kepada pemerintah dan rakyat yang diperintah secara baik.
Hal ini bersandarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat,” iaitu “(Nasihat) bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemerintah orang-orang Islam dan rakyat mereka,” demikian menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali(gambar).
Menurut beliau lagi, dalam konteks Bersih, nasihat adalah bertujuan agar pilihan raya yang menjadi tempat rakyat memilih teraju pemerintahan dijalankan oleh pihak berkenaan secara lebih telus dan adil dalam semua sudut dan bagi semua pihak.
Katanya, ketelusan dan keadilan akan menjurus kepada terpilihnya mereka yang beramanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah pemerintahan negara.
“Kita dalam masa yang sama menjunjung kasih di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak negara dan payung rakyat jelata terhadap hasrat sebahagian rakyat mendapatkan hak mereka menyatakan pandangan dan nasihat dengan cara aman dan dibenarkan oleh perlembagaan negara,” ujarnya.
Menurutnya, keamanan dan kemakmuran negara serta perpaduan antara rakyat akan sentiasa utuh sekiranya kerjasama semua pihak sama ada pihak berkuasa yang memerintah dan rakyat yang diperintah dapat digembleng atas dasar kebajikan dan taqwa.
“Insya Allah ini sepertimana yang dianjurkan oleh al-Quran menerusi firman-Nya dalam surah al-Maa`idah, ayat 2 bermaksud “dan bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan,” ujar beliau lagi.
1 ulasan:
Rilekla tok Jib. Kalau takut dipukul ombak kenapa berani nak jadi PM.
Mai la kita pakat2 tengok sejauh mana kemampuan BERSIH menghimpunkan semua lapisan masyarakat. Baru tok boleh buat bandingan dengan himpunan sejuta belia yang diadakan baru2 ni.
Mana tau kut2 bersih cuma ada Ambiga, Mat Sabu ngan Pak Samad, yang rakyat semua muliakan diakhir2 usianya menjadi pejuang negarawan.
Ni tidak, belum pun masuk gelanggang dah nak lari lintang pukang. Haram pada perkara yang tak masuk akal. Membiarkan isteri tak bertudung, heng sana heng sini...lagilah dah memang haram.
Rilek la Bro...kita tengok sejauh mana rakyat bermoral berhimpun tanpa kacau bilau. Gentleman le sikit. Nak lari mana!
Banyak lagi kerja jenayah polis nak kena handle dari dok tahan sana tahan sini takat nak tengok pakai baju kunin ke dak!!
Malu kat cucu cicit, polis dok buat kerja haprak macam tu.
Catat Ulasan