07 Julai 2011

Remaja ketagih pil kuda didenda RM2,400

5 Syaaban 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun dikenakan denda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas didapati bersalah menagih dadah jenis pil kuda dalam satu tangkapan, 22 April lalu. 

Remaja terbabit ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini jam 6.15 petang, tarikh berkenaan. 

Azlan Fadzil Othman dari Kampung Semut Api, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini didapati positif dadah tersebut selepas dibawa ke balai polis Pengkalan Chepa, di sini, antara jam 6.15 petang dan 10 malam, tarikh berkenaan. 

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta sama. 

Majistret Nur Zakiyah Shamsudin turut menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap tertuduh jika gagal menjelaskan denda tersebut. 

“Kamu juga dikenakan perintah pengawasan selama dua tahun dan perlu melaporkan diri ke balai polis Badang setiap 8 hari bulan setiap bulan,” katanya.

Tiada ulasan: