07 Julai 2011

Nafi mangsa diperkosa

5 Syaaban 1432H. [MOD] -



JOHOR BAHRU: Polis menafikan laporan akhbar mendakwa remaja yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, Norrahayu Qomarudin, 16 atau Ayu, dirogol sebelum dibunuh, dikerat dan dibakar.

Ketua Polis daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sehingga kini pihaknya hanya menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami masih menyiasat pembunuhan ini dan motif pembunuhan juga masih belum diketahui, berikutan itu laporan mengatakan mangsa dirogol masih belum dapat disahkan.

“Siasatan masih dijalankan mengikut pelbagai sudut dan kami juga menahan suspek utama kes iaitu pengawal keselamatan sebuah kuari berusia 46 tahun untuk mencari petunjuk sekali gus melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung bahagian badan mangsa yang belum ditemui dan meminta orang ramai mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Terdahulu, mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan, penemuan itu dikaitkan dengan Norrahayu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, 18 Jun lalu.

Mayat mangsa dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai.

Keadaan mayat mangsa yang juga anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai, Qomardin Bajuri, 46, ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang, Selasa lalu.

Hasil penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan.

2 ulasan:

putraminang berkata...

Apa nak jadi dgn negara kita ... inilah kesinambungan dari kes Altantuya, Datuk Susilawati dll.. beginilah bila Hukum Islam ditinggalkan. Pemimpin zalim, jahat & maksiat diangkat menjadi menteri.

Tanpa Nama berkata...

Ini masalah dengan PDRM apabila mereka bekerja sampai mati untuk jaga keselamatan UMNO/BN dan bekerja sambil lewa untuk jaga keselamatan rakyat.
Ingat sikit gaji yang diperolehi itu adalah dari titik peluh rakyat yang membayar cukai bukannya dari poket pemimpin UMNO/BN. Aku tak halalkan dan ingat darah daging yang terhasil dari sumber yang haram akan menjadi bakaran api neraka. fikir baik2..