07 Julai 2011

Umno Celaru yang kritikal bila kenyataan saling bercanggah

5 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

UMNO-BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila Menteri yang berkhidmat di bawah Najib Razak telah bertindak songsang setelah kenyataannya yang masih mendakwa Bersih adalah haram dan ini bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Tuanku Mizan dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri.


Lebih memburukkan keadaan lagi, Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Sultan Mizan sebagai Yang Dipertuan Agong telah berlaku ingkar tergadap Baginda kerana terlalu mengikut telunjuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

BERSIH yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah tentukan kerajaan dan pihak Agong sendiri

Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh KDN untuk bergerak secara bebas kerana KDN bernaung dibawah KDYMM Tuanku yang mana telah memberikan perkenannya kepada bersih.

Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan UMNO-BN walaupun ia telah direstui oleh KDYMM Tuanku, kemanakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?

Justeru berdasarkan respon terkini kerajaan yang amat memalukan Negara setelah 8 tuntutan BERSIH dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun, UMNO-BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 7 Julai 2011.

Tiada ulasan: