07 Julai 2011

Pemberontak Libya Hampiri Tripoli

5 Syaaban 1432H. [MOD] -



AL-QAWALISH, Libya – Pasukan pemberontak menawan sebuah bandar di selatan Tripoli manakala satu lagi kumpulan mara ke arah ibu negara Libya itu dari sebelah timur dalam gerakan terbesar ke atas kubu kuat Muammar Gaddafi.
Tentera pemberontak melepaskan tembakan ke udara ketika memasuki Al-Qawalish, 100 kilometer ke barat daya Tripoli selepas pertempuran selama enam jam dengan tentera Libya yang mempertahankan bandar itu.
Sementara itu, tentera pemberontak mara dari bandar Misrata hingga hampir ke tengah bandar Zlitan di mana sebilangan besar tentera Gaddafi ditempatkan.
Bagaimanapun, mereka dihujani tembakan meriam dan doktor di Hospital Al-Hekma di Misrata berkata 14 pejuang terbunuh manakala 50 lagi cedera. – Reuters
 
Rate This

1 ulasan:

JARUM MAS berkata...

INI SEMUA TENTU HASUTAN DAN ADU DOMBA DARI SYAITAN AMERIKA DAN ISRAEL..