3 Syaaban 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM - Keputusan sama ada PKR akan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR), di Kuala Lumpur, Rabu ini.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, PR akan menghalusi titah khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan Bersih 2.0 dalam mesyuarat Majlis Presiden PR terbabit.
“Kita menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru kedua-dua pihak mengadakan rundingan.
“Kita amat menghargai titah Tuanku yang tidak sedikitpun menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai perhimpunan haram,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan bersedia untuk membenarkan himpu-nan di stadium, Saifuddin menyifatkan kenyataan itu bertujuan mengalih isu utama.
“Isu utama bukanlah lokasi sebaliknya mahu tuntutan Bersih 2.0 direalisasikan,” katanya.
sinarharian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan