29 September 2011

Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketiga-tiga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Ketiga-tiga mereka dikatakan telah digantung tugas dan kemudian dipindahkan ke bahagian pentadbiran suruhanjaya berikutan penangkapan itu.

Ketiga-tiga pegawai - berusia antara 20 hingga 25 tahun itu - memegang jawatan pemangku penolong pesuruhjaya (Gred P48), penolong kanan penguasa (Gred P32) dan penolong penguasa (Gred P29).

Mereka akan didakwa di mahkamah di Sepang. Sehingga berita ini ditulis, belum ditentukan mahkamah mana yang akan mendengar kes berkenaan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: