29 September 2011

Seekor KUCING BERMUKA DUA Catat Rekod Dunia

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Frank dan Louie memang istimewa. Haiwan itu kini digelar sebagai kucing berwajah dua yang tertua di dunia.

Menurut Reuters, kucing yang juga mempunyai dua mulut, dua hidung, dan tiga mata, namun hanya mempunyai satu otak ini telah berusia 12 tahun. Pencapaian Frank dan Louie ini diakui oleh lembaga pencatat rekod terkemuka dunia, Guinness World Records.

“Mereka adalah kucing Janus yang paling lama bertahan hidup,” kata juru cakap Guinness World Records, Sara Wilcox, Selasa lalu. Diperkenalkan oleh Dr. Karl Shuker, Janus merupakan kumpulan kucing yang memiliki kelainan genetik.

Menurut Wilcox, Frank dan Louie ini akan dicatatkan di dalam buku rekod edisi 2012. Kucing itu lahir pada 9 September 1999 dan dipelihara oleh Marty, warga AS yang tinggal berdekatat Kota Worcester, Massachusetts.

Bagi Marty, kucing Janus itu tergolong sebagai luar biasa kerana boleh hidup begitu lama. “Biasanya, kucing dengan keadaan seperti itu hanya bertahan hidup antara satu hingga empat hari,” kata Marty. “Saat kucing itu lahir, setiap hari adalah berkat,” tambah Marty.

Marty mengatakan bahawa kucing Janus ini berkelakuan seperti anjing. “Ketika dibawa berjalan, kucing itu dipandu dengan tali dan dia suka dibawa di dalam kenderaan ,” kata Marty.

kosmo/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

subhanallah!!!!!!