29 September 2011

Web k'jaan negeri Melaka 'kembalikan' kerusi DAP

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Portal web rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini membuat pindaan dan memasukkan lima kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh pembangkang yang sebelum ini dicicirkan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan semua kerusi DUN yang dimiliki oleh pembangkang 'hilang' dari laman web itu.

Semakan di laman web itu juga mendapati kawasan parlimen Bukit Katil hanya sebelum ini hanya menyenaraikan dua daripada empat kerusi dewan undangan negeri telah memasukkan semula kerusi Bachang dan Ayer Keroh.

Meskipun kawasan-kawasan dan kerusi yang lengkap telah disenaraikan semula, namun sehingga jam 2.30 petang tadi, mendapati perwakilan pembangkang yang dipilih oleh rakyat negeri Melaka terus 'tercicir'.

Ini berbeza dengan kerusi-kerusi yang dipegang oleh BN yang dibekalkan dengan maklumat dan nombor yang boleh dihubungi apabila diklik.

Pindaan juga dibuat pada laman pautan. Pautan kepada "Umno Malaysia" dan "Daftar Ahli Umno" kini telah dikeluarkan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin .semalam mengkritik kerajaan negeri Melaka kerana gagal membezakan antara parti dan kerajaan dengan tidak menyenaraikan wakil rakyat pembangkang.

Kerusi yang tercicir atau hilang itu adalah lima kawasan yang dipegang oleh DAP - N15 Bachang, N16 Ayer Keroh, N19 Kesidang, N20 Kota Laksamana dan N22 Banda Hilir.

MALAYSIAKINI/-

Tiada ulasan: