2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
DHAKA: Sekurang-kurangnya lapan terkorban dan ramai lagi dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki lebih 100 orang penumpang karam di timur laut Bangladesh hari ini, kata polis.
Menurut ketua polis daerah, Jane Alam Khan, bot yang sarat penumpang itu karam dalam sungai Durlavpur di daerah Sunamganj , 200 kilometer dari Dhaka.
“Kami menemui lapan mayat setakat ini. Kami percaya ramai yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kerana ia karam berdekatan jeti sungai itu,” katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan