2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
EDITOR Kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mendakwa terdapat `orang-orang Anwar' di dalam jentera kerajaan khususnya di bahagian-bahagian strategik untuk menjatuhkan Najib sebagai PM. Dakwaan beliau ini membuatkan DS Anwar tertawa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan.
Dalil buat Datuk Zaini beranggapan demikian seperti katanya, " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?
"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' (Malaysiakini).
Jika begitulah keadaannya, Utusan sebenarnya mengaku bahawa pengaruh DS Anwar bertambah hebat, jika tidak masakan Ketua Pembangkang ini boleh `menyerapkan' orang-orangnya di dalam jentera kerajaan lebih-lebih lagi di bahagian-bahagian strategik yang tentunya sentiasa diawasi oleh perisik-perisik kerajaan?
Ini membuktikan bahawa segala fitnah dan propaganda yang dimainkan oleh media `berlidah Syaitan' ini gagal samasekali untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej DS Anwar. Akibat kekecewaan mereka, maka keluarlah kenyataan seperti itu.
Sewajarnya persoalan yang harus ditanya adalah, "benarkah kos perbelanjaan lawatan resmi Najib dan Rosmah serta penerbangan percutian suami isteri ini mencapai jumlah seperti yang didakwa oleh Pembangkang? Benarkah kos senggaraan rumah PM termasuk bil letrik dan air mencapai jumlah puluhan juta ringgit setahun?
Benarkah Rosmah mendiami hotel mewah di Dhubai yang bernilai ratusan ribu semalam? Ini yang patut dipersoalkan oleh Datuk Zaini dan ini juga yang perlu dijawab oleh Najib dan Rosmah kalaupun Rosmah tidak mahu menjawab tentang isu cincin 24 Juta itu.
Mengapa yang ditekankan sangat atau yang dirisaukan sangat oleh Datuk Zaini adalah `siapa yang menyalurkan maklumat semua itu"? Datuk Zaini boleh menyebut beliau merasa lega dan boleh tidor lena jika tiada ejen DS Anwar di dalam jentera kerajaan.
Katanya, "Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku."
Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak boleh tidor lena sekiranya beliau tahu maklumat bahawa Najib dan Rosmah berbelanja boros menghabiskan wang rakyat. Sebaliknya, beliau merasa lega jika tiada ejen DS Anwar walaupun mungkin ada kebenaran dari maklumat tersebut. Beliau lebih takut kepada DS Anwar daripada takut hilangnya wang rakyat jauh sekali takut kepada Allah. Tahap `pengampu' Editor Kanan Utusan ini mungkin sudah sampai ke tahap maksima.
Memang ada lojiknya jika terdapat `ejen' di dalam jentera kerajaan kerana setiap orang Islam adalah `ejen' kepada Allah untuk mencegah yang mungkar. Jika saya berada di dalam kerajaan sekali pun, saya akan dedahkan jika saya tahu ada kemungkaran yang berlaku tetapi bukan kerana Anwar.
Tidak dapat dinafikan sekarang ini majoriti kakitangan kerajaan adalah mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan sifat rakus Najib dan Rosmah. Justeru itu, tanpa diminta oleh DS Anwar atau Pembangkang maklumat ini sampai juga.
Maka, memang wajarlah DS Anwar merasa lucu dan tertawa dengan dakwaan Datuk Zaini itu. Najib dan Rosmah harus ingat, ejen-ejen ini akan terus bekerja selagi Umno/Bn memerintah kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berputih mata melihat betapa rakusnya hak rakyat dibolot dan dijamu semahu-mahunya oleh dua insan bernama Najib dan Rosmah ini.
wfauzdin.blogspot.com
1 ulasan:
mcm mana lah utusan boleh lantik org mcm datuk ni jd editor kanan.. mungkin nak gambarkan kat rakyat M'sia yg mereka ni mmg akhbar pengampu tahap cipan... itu pun bg org yg mau melihat...
Catat Ulasan