29 September 2011

Bangla dipenjara 80 bulan lupus mayat

2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melupuskan mayat seorang wanita warga Indonesia dan anak lelakinya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang.

Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani memerintahkan hukuman penjara 40 bulan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan terhadap Mosharof Hossain bermula tarikh dia ditangkap pada 15 Ogos lalu.

Mosharof, 23, didakwa melupuskan mayat Siti Sando, 35, dan anaknya, Mohd. Shukri berusia dua tahun, untuk melindungi pesalah daripada tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di No 40 Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang di sini antara 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. - Bernama

Tiada ulasan: