5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
BENGHAZI - Kira-kira 5,000 peluru berpandu antipesawat SAM-7 yang disimpan di dalam gudang senjata milik pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi dilaporkan hilang, menurut pegawai tentera di bawah kerajaan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.
Jeneral Mohammed Adia berkata, Gaddafi membeli kira-kira 20,000 peluru berpandu SAM-7 yang disimpan di Zintan dan lebih 14,000 telah digunakan atau dimusnahkan.
“Kami khuatir jika kesemua peluru berpandu itu jatuh ke tangan orang yang salah atau ia telah diseludup ke luar negara,” menurutnya lagi.
Sementara itu, NTC turut menemui 500 peluru berpandu mudah alih milik rejim Gaddafi.
Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim menafikan dia telah ditahan pasukan pemberontak NTC dan menganggapnya sebagai satu tuduhan palsu.
sinar hariam/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan