22 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Saya ingin membuat kenyataan berkenaan pendedahan di media dimana satu pertemuan rasmi telah diadakan di Kuala Kangsar baru-baru atas nama Majlis Penerangan Perdana Kerajaan Negeri Perak yang dihadiri oleh Ketua Penerangan Umno Pusat, Datuk Ahmad Maslan dan juga Menteri Besar Kudeta Perak.
Apa yang mengejutkan ialah para jemputan yang terdiri daripada ratusan pegawai kerajaan mereka telah disajikan dengan tayangan video yang jelas bertujuan untuk menyebarkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghasut hadirin untuk membenci Pakatan Rakyat khususnya.
Taktik politik kotor sebegini telah membuktikan kepada kita betapa jijiknya cara Umno-Bn Perak untuk mendapat sokongan undi dari kalangan kakitangan kerajaan di Perak.
Majlis itu juga turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom iaitu orang yang bertanggungjawab dalam portfolio hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya lebih arif dalam selok belok agama dan tahu bagaimana untuk menanganinya, malangnya fitnah ini dibiarkan sahaja.
Majlis yang sepatutnya mempunyai tujuan yang baik bertukar menjadi medan fitnah yang dahsyat,
Pada saya pegawai-pegawai yang hadir dalam majlis tersebut tidak sepatutnya dibabitkan ke dalam kancah fitnah kotor sebegini, seeloknya mereka perlu terus berada di pejabat masing-masing untuk bertugas dari melihat tayangan video tersebut yang sudah pastinya boleh terjebak kepada dosa.
Pakatan Rakyat Perak akan segera tangani isu ini di siri penerangan yang telah dijalankan dan yang bakal direncana di seluruh Perak untuk memastikan fitnah Umno-Bn di Perak dapat ditangani, apa yang pasti, BN Perak akan terkubur menjelang PRU 13 insyaallah.
Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 19
20 Oktober 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan