06 Oktober 2011

Forum Malaysia dan Sejarah yang belum selesai, 7 Oktober

8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 6 OKT : Satu forum bertajuk ‘Malaysia dan Sejarah yang belum selesai’ akan diadakan di Hotel Quality yang bertempat di Shah Alam pada 7 Oktober (Jumaat) ini.

Forum yang dikendalikan Akademi Pak Sako mengandingkan empat ahli panel iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,

Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya (UM), Budayawan, Hasmi Hashim , Dr Abu Hassan Hasbullah dan aktivis sosial Hishamudin Rais.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan menghadiri forum tersebut yang terhad kepada 100 peserta terawal dan forum bakal membincangkan mengenai isu-isu sejarah di dalam negara.

Tarikh : 7 Oktober 2011
Masa : 8.00 malam – 10.30 malam
Tempat : Bilik kayangan 5, Quality Hotel , Shah Alam

tv news/-

Tiada ulasan: