06 Oktober 2011

Kes serangan asid di Lembah Klang belum selesai

8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kesemua 25 kes serangan asid bersiri yang berlaku di Lembah Klang tahun ini belum dapat diselesaikan, Parlimen diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata walaupun polis telah mengenal pasti bahan berasid yang digunakan dalam serangan tersebut, tetapi penyerangnya masih bebas.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, beliau berkata polis telah mengedarkan foto suspek dan berharap orang ramai akan membantu mengesannya.

Bagaimanapun, Abu Seman berkata, belum ada langkah yang diambil untuk mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas penjualan asid, dan kementeriannya perlu mengkaji lebih lanjut perkara itu.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: