28 Oktober 2011

Mahathir Guna Seluruh Usianya Menentang Hukum Allah

30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.

Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat. -TMI

4 ulasan:

Rohaida berkata...

penyambung legasi penjajah British..

Putry Eerynia berkata...

Hinanya insan bukanlah kerana miskin atau tidak punya harta dan wang ringgit...tetapi hinanya insan yang bergelar manusia yang mengaku islam adalah kerana tertutupnya hidayah Allah untuknya....Kesian Tun!!dilewat usia begini masih terus-terusan menghina Hududullah! Mungkinkah ini jelmaan Abu Lahab Moden?

IbnAbdHalim berkata...

Apa tidaknya? Dia bukan percayapun pada Hari Akhirat. Ada pernah dengan dia bertaubat? Yang ada dia tahu buat.

Tanpa Nama berkata...

Jangan pandai mengata orang, tengok diri sendiri dulu, sejauh mana pengetahuan kamu tentang hukum.Bagaimana kalau bapa kamu dikatakan macam tu.