15 November 2011

Penduduk terus bantah loji Lynas

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Penduduk sekitar kawasan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang, semalam, menyertai perhimpunan anti-Lynas anjuran Save Malaysia, di sini.

Sebagai tanda sokongan terhadap bantahan di Taman Gelora, Kuantan itu, mereka membawa beberapa ‘binata’ iaitu objek yang diperbuat daripada kertas dan memukulnya secara simbolik.

Perhimpunan berkonsepkan riadah keluarga itu berlangsung dengan lancar dan aman walaupun dikawal ketat pasukan polis sejak awal pagi.

Pengerusi Save Malaysia, Dr Tan Bun Teat berkata, aktiviti itu diadakan sebagai platform kepada penduduk Kuantan untuk keluar beriadah bersama keluarga sambil menyatakan pendirian mereka terhadap projek Lynas.

“Aktiviti ini sebahagian daripada cara Save Malaysia menunjukkan protes aman dan selamat terhadap isu tersebut dengan harapan pihak kerajaan dan Lynas memberikan perhatian terhadap suara penduduk khususnya di Kuantan.

“Kali ini kita menggunakan binata iaitu objek yang diperbuat daripada kertas dan dihias dengan pelbagai motif radioaktif dan Lynas sebagai simbol kebencian penduduk kepada projek tersebut,” katanya.

sinar harian/-

Tiada ulasan: