15 November 2011

S Subramaniam masih di ICU, tak sedar diri

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam yang menjalani pembedahan otak dijangka keluar dari unit jagaan intensif (ICU) Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Kuala Lumpur dalam tiga atau empat hari lagi.

s subramaniam makkal osai pc 270807 statementR Balakrishnan, bekas setiausaha beliau yang juga kawan rapatnya, berkata jika kesihatan Subramaniam bertambah baik, doktor akan memindahkan beliau ke wad biasa.

"Setakat ini doktor mengesahkan beliau (Subramaniam) belum sedarkan diri, tetapi keadaannya stabil dan beliau telah mula bernafas sendiri tanpa bantuan mesin pernafasan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.

Balakrishnan berkata rakan-rakan pemimpin veteran MIC itu dan anggota MIC, ahli-ahli politik dan pemimpin masyarakat terus menziarahi beliau walaupun beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Subramaniam, juga bekas seorang timbalan menteri menjalani pembedahan otak selama lima jam yang selesai pada 2.00 pagi semalam.

Sebelum itu pada malam hari Jumaat, beliau sendiri ke Hospital Assunta di Petaling Jaya selepas mengalami masalah kesihatan dan kemudian dipindahkan ke PMC pada pagi berikutnya.

- Bernama

Tiada ulasan: