Jumlah pengeluaran beras dunia dijangka mencecah rekod tertinggi dalam sejarah, walaupun pengeluarannya terjejas akibat bencana kemarau di China dan banjir teruk di Thailand. Demikian dinyatakan oleh Penolong Ketua Pengarah Organisasi Bahan Makanan dan Pertanian PBB, Konuma Hiroyuki baru-baru ini.
Menurut beliau, ini disebabkan kesan bencana banjir kepada pengeluaran beras Thailand tidak begitu serius, dan jumlah pengeluaran di beberapa negara lain pula tetap meningkat. Pengeluaran beras dunia dijangka meningkat 3%, iaitu sebanyak 721 juta tan pada tahun ini. Jumlah perdagangannya pula dijangka meningkat 9% memandangkan permintaan yang besar di Bangladesh, China, Indonesia dan Iran.
Tambah beliau, akibat bencana banjir, eksport beras oleh Thailand akan menurun 3 hingga 4 juta tan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluarannya pada musim akan datang dijangka meningkat dengan besar kerana tanah menjadi lebih subur selepas hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan