15 November 2011

BN di sumpah laknat ?

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

“SAYA bersumpah dengan nama Jesus Kristus, bahawa semua keturunan bangsa saya tidak akan mengundi BN pada PRU 13 ini kerana kerajaan BN yang selama kami sanjung tinggi telah menganiaya kami seperti binatang; sebaliknya mendewakan warga Indonesia dan Filipina yang tidak langsung berhak tinggal di Sabah,” ujar Hendry Salidoh, 20, seorang penduduk dan pemilik tanah adat di Kampung Malagatan, Tongod.

Hendry mengadu, bukan sahaja tanahnya dirampas oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd, malah beliau telah dibelasah dan dicekik lehernya oleh para pekerja syarikat tersebut, termasuk dua orang PATI yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Saya sudah laporkan kes ini kepada pihak polis tetapi tiada sebarang tindakan diambil, bahkan polis bersekongkol dengan pihak Syarikat untuk ‘membunuh’ kami sekiranya kami enggan berundur dari tanah kami,” kata Hendry.

Tetapi kata Hendry, beliau tidak akan berganjak walaupun seincipun dari tanah tempat kelahirannya kerana tanah yang beliau duduki ini sudah berdekad lamanya, apatah lagi beliau adalah generasi yang ketujuh menduduki tanah tersebut.

“Kenapa kita harus mengalah dengan orang Cina keparat dari Semenanjung datang ke Sabah dan dengan begitu mudah mengusir kami? Inikah dasar kerajaan BN yang kami sokong selama ini?” tanya Hendry lagi.

Sebaliknya kata Hendry, kenapa Kerajaan BN memberikan layanan istimewa kepada orang Bugis yang menggunakan MyKad projek sedangkan Anak Jati Sabah yang bertungkus lumus memenangkan BN dikorbankan tanpa peri kemanusiaan.

Kata Hendry, apa gunanya UPKO, PBS dan PBRS yang hanya ikut telunjuk sahaja sehingga anak bangsa mereka terus ditindas tanpa berjaya dibantu.

“Saya bagi pihak semua penduduk di kelima-lima kampung iaitu Kampung Sogo-Sogo, Kiandungu, Malagatan, Kaliwatung dan Lumangkau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana begitu prihatin terhadap nasib kami yang bakal jadi pelarian setelah kampung kami dimusnahkan oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd.

Tidak lupa juga kepada Sabahkini.Net yang menghantar wartawan dan juru foto ke kampung ini untuk menyaksikan sendiri apa yang sudah berlaku,” ujarnya.

Kata Hendry, mereka sudah tiada lagi tempat untuk mengadu nasib mereka yang ditindas ini oleh manusia yang bertopengkan syaitan setelah SUHAKAM hanya bermain wayang dan tidak bersungguh-sungguh membela mereka.

“Lapor kepada polispun hanya membuang masa kerana polispun bersekongkol dengan Corak Nakhoda. Malahan kami turut dibelasah setengah mati oleh polis. Jadi kami tiada lagi pilihan melainkan berserah saja kepada Tuhan. Semoga mereka yang menganiaya kami ditimpa bala dan malapetaka yang amat dasyhat,” tambahnya.

sabahdaily

Tiada ulasan: