PERKASA kena getah bila agih sampul putih kepada warga Cina.
7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Bila terbaca berita mengenai majlis Tahun Baru Cina NGO PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, ternyata NGO yang baru nak tunjuk baik kepada orang Cina sudah terkena getahnya.
Apakan tidak bila PERKASA dilihat tidak berhati-hati bila mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.
Apa saja alasan berjela-jela boleh diberikan oleh PERKASA namun jelas mereka tidak berhati-hati dan telah gagal menghormati budaya orang lain.
Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.
Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.
"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adala orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.
"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.
Selain itu Parti Gerakan juga meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih itu.
Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.
"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adala orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.
"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.
Selain itu Parti Gerakan juga meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih itu.
Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.
Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.
"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar cuba mempertahankan tindakan itu dengan alasan pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina.
Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama.
"Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan itu.
Selain itu bagi saya pihak perseorangan atau MCA yang terlibat dalam mengendalikan program tersebut sehingga berjaya mengumpul sejumlah warga Cina mestilah juga bertanggung jawab kerana gagal untuk menjadi penasihat yang baik sehingga berlaku kesilapan yang saya anggap besar dan menghina bangsanya sendiri.
Sebenarnya warga Cina dalam Pakatan Rakyat jauh lebih kehadapan berbanding dengan apa yang telah dialami oleh PERKASA. Ini terbukti telah banyak program yang kami lakukan telah berjaya dilakukan tanpa menyentuh sensitifviti kaum lain .
1 ulasan:
kenapa nak kene hormat adat cina? buto la sial!! ada cina hormat adat melayu?? especially time bulan puasa..time cina hina melayu xde nak jd issue?? time cina hina islam, knp x panggil cina racist? bro, orang melayu orang muslim, kenapa nak kene pecaya adat agama lain? pasal warna sampul pun boleh jadi issue!!! bodoh sial.. warna je pun kimak.. kalau melayu buat siket je terus panggil racist. kalau betul melayu racist , orang paling kaya dalam malaysia ni bukan cina bro..orang melayu perjuangkan hak bangsa dipanggil racist..fuck ar mcm ni!!
Catat Ulasan