6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Lima awak-awak termasuk tekong sebuah bot nelayan tercampak ke laut selepas bot yang dinaiki pecah dan karam akibat terlanggar batu ketika cuba berlindung di Pulau Tulai, kira-kira 4 batu nautika dari Pulau Tioman, Rompin, 27 Januari lalu.
Tragedi kira-kira jam 11 malam itu mengorbankan nyawa seorang awak-awak dikenali La Mafi, 62, dari Buton, Indonesia dan mayatnya ditemui terapung kira-kira jam 7.15 malam kelmarin di perairan Tioman.
Mayat mangsa ditemui krew Bot PL 2 milik Jabatan Taman Laut Tioman yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, dua daripada mereka dikenali sebagai La Lesi, 36, dan Syarifudin, 32, juga dari Buton, Indonesia, dikhuatiri lemas selepas kedua-dua mereka gagal ditemui selepas kejadian.
Menurutnya, tekong bot, Samsudin, 31, dan seorang lagi awak-awak warga tempatan, Johari Jali, 30, berjaya diselamatkan bot nelayan tempatan antara jam 3 pagi hingga 8 pagi, 28 Januari lalu
“Mangsa yang terselamat dihantar ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman dan Hospital Mersing untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang media di Wisma Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Indera Mahkota, di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, bot pukat tunda kelas C milik pengusaha tempatan, Heng Kim Bab, 45, dari Tanjung Gemok, Endau itu dilaporkan turun menangkap ikan sejak 22 Januari lalu di sekitar perairan bekenaan.
“Pada malam kejadian, keadaan laut bergelora memaksa tekong bot membatalkan aktiviti menangkap ikan dan cuba berlindung di Pulau Tulai.
“Ketika berada di sekitar perairan pulau terbabit, enjin bot mereka mengalami kerosakan menyebabkan bot itu hilang kawalan dan dihanyutkan arus selama kira-kira setengah jam sebelum karam akibat terlanggar batuan di situ,” katanya.
Abdul Aziz berkata, hasil siasatan mendapati, bot berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian lambung kiri sebelum tenggelam.
“Pusat Operasi Wilayah Timur menerima panggilan berhubung kejadian daripada Balai Polis Endau kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.
“Susulan maklumat itu, APMM menggerakkan aset termasuk Kapal Maritim (KM) Segantang, Bot Kilat 14 serta sebuah helikopter Doulpine untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.
Beliau berkata, operasi turut disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui kapalnya KD Perkasa, Jabatan Laut (Bot Layar 8) dan Jabatan Taman Laut Pulau Tioman (Bot PL2).
“Operasi mencari dan menyelamat agak sukar dan berisiko memandangkan angin kencang dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencapai 2 hingga 3 meter,” katanya.
Abdul Aziz berkata, operasi hari pertama bermula jam 7 pagi hingga 7 petang itu memfokuskan kawasan 30 batu persegi di sekitar lokasi kejadian.
“Operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang akan diteruskan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hari dan dihentikan selepas tempoh berkenaan sehingga ada petunjuk baru,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan