30 Januari 2012

SKMM Harus Hentikan Segera Sikap Dwi-Standard Dan Pulangkan Barang Rampasan

6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang demi seorang blogger Pakatan Rakyat diheret ke Balai Polis dan bakal di'mahkamah'kan. Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan Rakyat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras sikap SKMM yang telah menahan saudara Faizal pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. Tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Pihak SKMM dan Polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance cyber' Pakatan Rakyat, tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger yang pro Umno dan kerajaan pusat. Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno dan ia termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim. Namun tiada tindakkan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat.

Apa asas kukuh yang SKMM mengenai serbuan ini? bahkan sebelum ini laporan polis juga telah dibuat oleh SAMM P.Pinang buat terhadap pemilik blog papagomo mengenai kenyataan biadap beliau termasuk menghina dan maki hamun terhadap hakim Datuk Zabidin setelah keputusan tidak bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sini memperlihatkan sikap dwi standard SKMM dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu laporan yang dibuat. Amalan sikap 'double standard' pihak SKMM dan juga pihak berkuasa tidak keterlaluan jika kita katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN.

SAMM juga dimaklumkan, SKMM telah menyerbu rumah ibu bapa Saudara Faizal semata-mata ingin menakut-nakutkan beliau dan perkara ini telah menyebabkan trauma kepada seluruh ahli keluarga mereka.

SAMM bertegas mahukan pihak SKMM menyerahkan semula semua barang yang dirampas milik Saudara Faizal yang dibeli dari hasil keringat individu.

Seterusnya SAMM menggesa menghentikan siasatan dwi standard ini supaya SKMM tidak dilihat sebagai alat untuk mempertahankan regim yang zalim kepada rakyat lantas menguatkan lagi hujah betapa negara ini sangat terdedah dengan undang-undang ala 'draconian'!

Dalam kesempatan yang sama, gerakan anak muda SAMM menyeru kepada rakan blogger yang lain untuk terus berjuang dan bersama menghulurkan apa jua bentuk bantuan ke atas mangsa kezaliman pemerintah kuku besi. Para peguam pendokong Pakatan Rakyat juga dialu-alukan untuk membantu dari aspek keperluan undang-undang.

EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

Tiada ulasan: